Saturday, July 6, 2019

2019

Lama tak update blog....kira kalau post ni keluar kak eyu ingat nak kembali update blog.

Wednesday, December 2, 2015

Minyak kelapa dara (VCO) Halagel dan Halagel supplement


Minyak kelapa dara atau vco memang cukup baik untuk ibu mengandung, berpantang dan menyusu. Yang ada masalah kulit seperti jerawat, kusam bintik hitam dan berminyak pun sesuai...khasiat dia memang banyak la kalau nak cerita memang tak cukup ruang kat blog kek eyu...so sesape yang berminat boleh wassap kek eyu 0124456309...harga memang special...sangat murahhhhhh...kalau nak order produk produk halagel yang lain pun bolehhhh



Minyak kelapa dara (60') Rm26

Minyak kelapa dara (120') Rm41

Minyak Zaitun (60') Rm21

Habbatussauda (60') Rm31

Habbatussauda (120') Rm51

Omega3 fish oil (60') Rm20

Omega3 fish oil (120') Rm32

Grapeseed (60') Rm30

Flaxseed (60') Rm30

EPO (60') Rm26



*harga tak termasuk postage





Blueberry Cheese Tart yang ohhhhsemmmm...

Mengingati kesedapan blueberry cheese tart ini menyebabkan kek eyu berulangkali buat tanpa rasa jemu. Sejujurnya filling blueberry ni sentiasa ada didalam peti ais kek eyu tau...nampak tak kat situ betapa kerapnya kek eyu buat cheese tart ni. Sebenarnya kek eyu lebih gemar buat sendiri dari tempah cheese tart ni sebab filling dia boleh letak banyak banyak orang kata puas hati. Kalau tempah tak berapa nak rasa filling blueberry selebihnya muak saja...ini komen jujur kek eyu sebab ada seseorang pernah bagi sampel blueberry cheese tart dekat husband kek eyu bila makan memang mengecewakan kerana hangit...bagi kek eyu jika ingin berniaga ikhlas la jangan buat sambil lewa tapi tak tau la takut takut dia tak perasan yang cheese tart dia hangit kan...nasib baik sampel je huhu...resepi cheese tart ni kek eyu ambil dari blogger yang cukup terkenal nanti kek eyu update resepi cheese tart ni akan datang ye...





Sunday, October 25, 2015

Durian Crepe Dihatiku

Durian crepe ni sebenarnya saya sudah buat sebelum bersalin hari tu. Waktu tu teringin sangat nak makan...saya ada bertanya kawan kawan jika durian crepe ada jual di mana mana tetapi semua menghampakan saya kerana musim itu bukan musim durian jadi durian crepe tiada di pasaran. Tetapi saya bernasib baik dihujung hujung due date saya musim durian kembali. Seingat saya durian yang saya beli hampir mencecah rm5o untuk 2 biji tetapi memandangkan mengidam sangat sangat time tu saya beli juga. Crepe yang saya buat ssama dengan blueberry crepe cuma filling saja tukar blueberry diganti dengan durian.




Bahan-bahan- Adunan Crepe

2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
secubit garam
3/4 cawan susu segar /cair ( kalau nak cair boleh letak susu lebih sikit)- suhu bilik
1 sudu besar mentega (cairkan)
Pewarna purple- optional

Cara-cara

1.Satukan semua bahan adunan dadar (kecuali pewarna), kacau rata dan tapis. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis
2.Kemudian titiskan pewarna purple beberapa titik ( kalau nak gelap boleh titis banyak). Kacau adunan supaya sebati dengan pewarna.
3.Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan kuali dengan mentega dengan menggunakan kitchen tisu/ berus kecil.
4.Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
5.Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.


Bahan bahan inti


3/4 cawan whipping cream (non dairy)
isi durian secukupnya


Caranya.

1. Tuang whipping cream ke dalam bekas dan pukul hingga kental.
2. Masukkan dlm bekas dan simpan dlm peti ais sementara menyediakan crepe.(saya lebih suka siapkan crepe dulu then baru putar whipping cream)

Cara Penyediaan

• Kepingan crepe
• whipping cream (yang dipukul tadi)
• isi durian

1. Letakkan sekeping crepe
2. Letakkan whipping cream di atasnya
3. Kemudian letakkan isi durian ( kalau nak sedap letak banyak..)
4. Tutup kembali dengan whipping cream
5. Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah.
6. Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin

Blueberry Crepe

Bangun pagi selepas solat subuh saya terus buat blueberry crepe ini memandangkan semua bahan sudah ada. Sebenarnya beberapa hari sebelum ini saya ada buat pavlova dan baki whipping cream masih ada lebih kurang separuh lagi jadi saya pun buat la blueberry crepe ini. Adunan ni boleh dapat dalam 10 biji blueberry crepes, kalau nak lebih boleh doublekan bahan-bahan. First time buat Alhamdulillah jadi...Selepas siap blueberry crepe ni saya simpan dalam peti ais kerana saya nak pergi shopping barang dapur...balik nanti boleh la makan... makan waktu sejuk sejuk sangat la sedap...




Bahan-bahan- Adunan Crepe

2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
secubit garam
3/4 cawan susu segar /cair ( kalau nak cair boleh letak susu lebih sikit)- suhu bilik
1 sudu besar mentega (cairkan)
Pewarna purple- optional


Cara-cara

1.Satukan semua bahan adunan dadar (kecuali pewarna), kacau rata dan tapis. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis
2.Kemudian titiskan pewarna purple beberapa titik ( kalau nak gelap boleh titis banyak). Kacau adunan supaya sebati dengan pewarna.
3.Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan kuali dengan mentega dengan menggunakan kitchen tisu/ berus kecil.
4.Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
5.Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.



Bahan utk Inti

3/4 cawan whipping cream (non dairy)
Perisa blueberry
Blueberry filling secukupnya


Caranya.

1.Tuang whipping cream ke dalam bekas dan pukul hingga kental.Kemudian tuang perisa blueberry sedikit ke dalam whipping cream dan putar sekejap.
2.Masukkan dlm bekas dan simpan dlm peti ais sementara menyediakan crepe.(saya lebih suka siapkan crepe dulu then baru putar whipping cream)



Cara Penyediaan

1.Letakkan sekeping crepe
2.Letakkan whipping cream di atasnya
3.Kemudian letakkan 1 sudu kecil blueberry filling
4.Tutup kembali dengan whipping cream
5.Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah.
6.Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin

Thursday, October 22, 2015

Puding Trifle

Kalau sebut trifle pasti ramai yang sudah tahu dan sememangnya sudah ramai yang expert untuk membuatnya. Trifle adalah salah satu dessert kegemaran saya dan keluarga. Jika saya pulang ke rumah mama di Kelantan mesti adik adik saya meminta saya buatkan untuk mereka. Trifle ni lebih sedap jika dimakan sejuk sejuk. Selalunya saya akan buat trifle pada malam dan makan keesokkan harinya.


Sebenarnya saya mula mengenal dessert ini ketika mengajar di sekolah dulu. Masih saya ingat rasa trifle yang dibuat oleh seorang guru di sekolah tersebut dan guru itu juga sudi berkongsi resepi dengan saya cuma saya ada buat perubahan resepi tersebut tanpa disedari oleh saya hehe...kelakar kan...patut la ramai diantara kawan kawan yang pernah rasa triffle saya akan bertanya rahsia keenakkan kastard yang saya buat hehe...bukan masuk bakul sendiri ye...ape pun jom layan gambar trifle ni...saya tidak sertakan resepi kerana saya percaya semua kawan sudah tahu cara ingin membuatnya...




Wednesday, October 21, 2015

Pavlova yang lembut lagi sedappp....

Sebenar sudah lama saya nak buat pavlova lebih kurand dua tiga tahun yang lalu tetapi waktu itu keadaan yang tidak mengizinkan saya di mana saya agak sibuk dengan tugas PhD di USM. Saya hanya pulang ke rumah hujung minggu saja. Bayangkan hanya dua hari saya dapat spend masa dengan incik husband sepanjang satu minggu dan jika saya terlalu sibuk saya tidak pulang dan habiskan masa di USM. Tetapi untuk bulan puasa saya akan spend masa sepanjang sebulan di rumah menemani incik husband bersahur dan berbuka puasa.


Bagi saya, jarak jauh bukan penghalang untuk kita bahagia dan menikmati hidup tetapi hati dan iman perlu sentiasa dijaga...kepercayaan itu penting betul tak??? hehe...semalam saya try buat pavlova, ekceli ni first time saya buat. Alhamdulillah jadi memang saya tak sangka yang buat pavlova ni teramat mudah. tambahan lagi pavlova ni sangat la sedap...saya paling suka krim diatasnya lembut dan tidak terlalu manis...sesuai dengan buah buahan yang masam seperti strawberi, anggur dan kiwi. Untuk pavlova saya ni, saya hanya letak strawberi dan anggur sebab tak sempat nak beli kiwi hehe...Jom kita lihat bahan bahan dan juga cara cara nak buat pavlova ni....




Bahan bahan

4 biji telur (ambil bahagian putih sahaja...dan telur mesti suhu bilik)
3/4 cawan gula castor (saya guna gula icing senang larut masa putar tu...)
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1/2 sudu besar tepung jagung


1. Pastikan bowl kering dan tiada sisa air atau sebagainya...
sebab nak buat meringue memang pantang bendasing dan telur putih juga mesti takde sisa telur kuning . Masukkan putih telur dulu ke dalam bowl....

2. Putar putih telur sampai berbuih seperti buih2 sabun.
Bila dah berbuih buih, sambil putar, masukkan gula sedikit demi sedikit ....
(jangan campur putih telur + gula terus dari awal... Putar dulu putih telur bila dah berbuih baru masuk gula ye...)

3. Putar sehingga ia berkrim dan berkilat

4.Masukkan esen vanilla. Then putar lagi..... Putar sampai jadi mcm bertanduk... atau bila terbalikkan bowl, adunan tu tak jatuh dari bowl...

5. Lepas tu stop kan mixer. Masukkan tepung jagung dan juga cuka.

6. Guna senduk sahaja gaul gaul bagi sebati.

7.Masukkan adunan tadi ke dalam piping bag....
dengan gunakan Nozel. Alas Loyang dengan kertas minyak. Buat bulatan guna pensel. Ikut saiz yg dimahukan. Picit piping bag sambil buat pusingan2 kecil mengikut arah jam.

8. Penuhkan piping di bahagian dalam, yg dalam tu tebalkan sedikit dalam dia kalau kita nak masa potong nanti rasa macam Marshmallow...
kalau rasa nak buat 2 lapis buat 2 keping asing2. Saya buat satu lapis je yang lebih saya buat mini pavlova pulak hehe...

9.Panaskan Oven suhu 150 (20 min) celsius terlebih dahulu.
Bakar selama 60-75 minit sehingga disc masak atau bertukar kepada perang

10. Satu lagi tips untuk Pavlova tak crack. Lepas dah masak tu... jangan keluarkan dr oven. Tutup suis oven....Biarkan je dia sejuk dalam o


Topping

240ml whipping cream (non dairy)
Buah2 kesukaan..
(pilih yang masam je ok....)



1.Whipping cream make sure sejuk... baru keluar dr fridge untuk putar...
Tips nak senang putar whipping krim: Masukkan pemutar besi dan bowl mixer ke dalam fridge tempat beku sampai besi dan bowl sejuk.

2. Then keluarkan pemutar dan bowl mixer, masukkan whipping cream dan terus putar dengan kelajuan tinggi sampai dia soft peak... jadi bertanduk gak tapi tak terlalu kental....tak terlalu cair dan tak terlalu kental.

3. Masukkan krim dalam piping bag dan boleh piping.

4. Lepas tu hias dengan buah2 tadi.