Tuesday, November 4, 2014

Tips nak Orang Suka dan Selesa Berkawan Dengan Kita...

Assalamualaikum semua...


Ingat hari ini saya nak share tips macam mana nak bagi orang suka kita sebab ramai sangat kawan2, labmates dan adik2 junior saya selalu tanya saya "macam mana nak orang suka saya macam orang suka kak eyu..."hehe kadang2 nak tergelak juga saya dengan semua ni errrr...ada tips ke nak bagi orang suka dan selesa dengan kita???

Oklah saya rasa as a human saya pun tak perfect sebenarnya cuma saya suka tegaskan HATI hendaklah sentiasa bersih. Walau apa yang kita buat hati yang bersih tu penting. Dalam hidup ni jangan hipokrit, jadi diri sendiri tak perlu nak tiru orang lain. Sesetengah orang ni mereka suka buat sesuatu disebabkan orang lain bukan kerana Allah Taala. Bagi saya apa yang kita buat perlu ikhlas serta jujur...barulah orang akan suka pada kita.

Kita tak perlu bagitau orang "saya ikhlas ni buat itu or ini" bagi saya cukup saja Allah Taala yang tahu ape yang kita buat. Perkara ini selalu saya tekankan pada diri saya...apa saja kebaikkan biar Allah Taala saja yang tahu. Bila hati kita bersih dan segala benda kita buat ikhlas ia akan terpancar melalui air muka kita dan juga sikap kita. Dari situ la orang akan selesa dan suka berkawan dengan kita.

Pernah suatu ketika...kejadian ini berlaku 3 tahun yang lalu, waktu saya saya ingin pulang ke kampus. Ada seorang perempuan muda disebelah saya, dia tegur dan kami mula borak2...akhir perbualan kami dan ayat dia saya masih ingat sehingga sekarang " saya suka la pandang muka awak sebab bercahaya, bersih, lembut...suka sangat..." waktu itu saya hanya senyum...

Ramai yang suka ambil cara mudah dengan mengamal ayat pengasih. Tak perlulah kita guna ayat jampi kemudian tiup kat muka orang supaya orang suka dekat kita atau masak apa2 kemudian jampi sikit2 kemudian bagi orang makan makanan kita. Bagi saya orang macam ni macam sampah yang tak ada makna kepada sesiapa. Lama2 ayat jampi tu akan hilang...ingat la kita hidup atas bumi ni hanya sementara saja dan kita juga perlu ingat Allah Taala sentiasa perhatikan ape yang kita buat. Kalau nak jadi baik jadilah baik kerana Allah Taala bukan kerana "orang lain"...suatu masa "orang lain" akan tinggal kita tapi kita harus ingat Allah Taala sentiasa ada dengan kita selagi kita tidak lupa kepadaNya.

Ini saja yang dapat saya kongsi dengan anda semua.Bye...

No comments:

Post a Comment