Tuesday, April 17, 2012

Saya Dan Vitamin

Perempuan dan vitamin atau jamu tidak dapat dipisahkan kalau berpisah tak tau la saya nak cakap apa tapi kadang-kadang perempuan ni, dorang suka vitamin secara semulajadi contohnya makan buah banyak-banyak...okey macam saya yang agak malas + sibuk saya suka dapatkan vitamin daripada produk-produk kecantikan contohnya yang terbaru saya menggunakan vitamin E collagen untuk kulit muka. Jadi tiap-tiap malam sebelum tidur saya akan sapu vitamin tu dekat muka. Vitamin ni ibarat macam serum maknanya kena urut perlahan-lahan. Mulanya saya tak berapa nak percaya sangat dengan produk yang digunakan secara luaran berbanding dalaman ( dalaman bermaksud telan vitamin tak tak main sapu-sapu ni....) tetapi memandangkan kawan duduk promote jadi nak jaga hati saya order la 10 biji rm19 saja nak test betul ke ape yang dia bagitau. Hari pertama pakai memang dah nampak lain kulit muka jadi lembut dan ceria nampak seperti usia 19 tahun Ahaks... ( gelak gedik) okey yang 19 tahun tu saya gurau je tapi yang pasti memang best pakai vitamin ni...kali kedua saya order 20 biji untuk 20 malam lepas tu saya order lagi kali ni saya order lebih sikit iaitu 100 biji...sebab vitamin ni susah nak dapat so kena order banyak-banyak. Sekarang ni Encik Tunang pun dah mula cuba vitamin ni kalau sesuai vitamin ni dengan Encik Tunang maknanya encik Tunang kena selalu pakai tak boleh lupa-lupa atau malas ye....saya plan nak order lebih sikit dari tu mungkin 200 biji mungkin 300 biji hehe kerana kami nak jadi pengguna tetap vitamin ni....selain tu saya juga amalkan jamu untuk kecantikan dalaman wanita dan yang terbaru innershine ( yang Maya Karin punya hehe) jangan lupa minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas ye Eyu hehe..... (peringatan untuk diri sendiri)



Inilah vitamin E yang saya pakai.....








Dan ini hasilnya hehe....






Ok tata.....

Sunday, April 15, 2012

~ Kontra nya Kami ~

Kontra pasangan kekasih tak bermakna mereka tidak boleh bercinta. Okey saya akui saya dan En Tunang banyak kontra nya. Contoh :

1. Encik Tunang suka parking kereta dengan posisi depan manakala saya suka parking kereta dengan posisi belakang. Walaupun berbeza itu melengkapkan kami sebagai pasangan kekasih.



2. Encik Tunang suka makan ala melayu manakala saya suka makan fastfood. Walaupun berbeza itu melengkapkan kami sebagai pasangan kekasih. Kadang-kadang saya ikut kehendak Encik Tunang dan kadang-kadang Encik Tunang ikut kehendak saya jadi saya dapat rasa apa yang Encik Tunang makan dan Encik Tunang pun dapat rasa apa yang saya makan.




3. Dalam pemilihan barang-barang Encik Tunang tidak cerewat apa yang Encik Tunang berkenan Encik Tunang akan beli tetapi saya agak cerewet. Saya akan pastikan barang yang hendak dibeli berkualiti dan tahan lama. Walaupun berbeza itu melengkapkan kami sebagai pasangan kekasih.



4. Saya suka ambil berbagai-bagai supplement untuk kesihatan diri tetapi Encik tunang suka fokus pada sesuatu supplement sahaja untuk kesihatan diri. Walaupun berbeza itu melengkapkan kami sebagai pasangan bercinta.



5. Saya suka bercakap...pelbagai topik akan saya bincang tetapi Encik Tunang akan bercakap hal penting sahaja. Tetiba teringat kata-kata Zack Zukhairi dalam facebooknya


“ kalau lelaki senyap, bukan bermakna dia tak dengar. dia dengar. in fact dia dengar the whole thing. just dia memilih apa yang penting je untuk diberi perhatian. yang remeh-remeh tu dia acuh tak berapa nak acuh je. tapi yang remeh pada lelaki, tak remeh di mata pempuan. pada pempuan, topik 'kucing mati' pun bukan benda remeh.”

Walaupun perwatakan kami berbeza itu yang melengkapkan kami sebagai pasangan kekasih



6. Encik tunang suka dengar Sinar.fm manakala saya suka dengar Hitz.fm....walaupun berbeza itu yang melengkapkan kami sebagai pasangan kekasih...



7. Encik tunang suka komen post kawan-kawan perempuan tetapi saya tidak suka komen post kawan-kawan lelaki...hehehe okey yang ni lawak je... jangan marah ye Encik Tunang...saja bergurau petang-petang ni


Okey jumpa lagi Tata......



p/s untuk Encik Tunang : Terima Kasih sebab sayang dan bersabar dengan perangai eyu....