Wednesday, October 6, 2010

Bercinta VS Putus cinta



Sejak akhir-akhir ni saya kerap dengar kawan-kawan saya putus cinta. Ada yang bercinta 3-4tahun then break, 2 bulan lepas tu bertunang dengan orang lain dan dalam tahun yang sama kahwin...ape-ape pun jodoh ditangan Allah s.w.t.Even bercinta 10 tahun pun bila dah tak de jodoh...putus juga...Saya agak fobia dengan perkataan CURANG. kebanyakkan kawan-kawan saya break sebab ada cinta lain. Kadang-kadang dah ada mak we or pak we yang okay dan dah cukup bagus tapi nak juga cari yang lain. Seolah-olah tak bersyukur....disini saya nak berkongsi sikit beza antara lelaki dan perempuan bila bercinta

1)Lelaki, even dah ada dah girlfriend yang cukup bagus tapi still lagi mencari seolah-olah tak puas dengan ape yang mereka ada tapi berbeza dengan perempuan, mereka akan cuba setia pada boyfriend dari awal hubungan lagi.

2) Lelaki, tak pernah rasa bersalah bila keluar dengan perempuan lain. Mereka akan cuba sorok sebaik mungkin.... alasan yang diberi, kalau bagitau nanti GF marah pulak...ayat yang selalu mereka pakai 'kawan jela...i tak de hati pun kat dia'

3) Lelaki mudah ungkap kata-kata cinta pada perempuan tetapi perempuan susah sikit nak luah ape yang mereka rasa. Kadang-kadang lelaki ni boleh je ungkap kata-kata cinta kat perempuan lain sama macam dia ungkap kata-kata cinta kat GF dia contoh 'i nak kahwin dengan u' kadang-kadang terlebih ambil berat pulak tu siap beli makanan lagi bila perempuan tu cakap 'i belum makan lagi ni' (nasi goreng ke mee goreng ke atau satu spesis dengannya)Dekat GF tak la pulak ambil berat nak tanya dah makan ke belum atau nak beli ke makanan. Ini lelaki yang yang tidak menghargai ape yang dia ada...

4) Lelaki suka sangat mengaku single even bertahun-tahun pegang status 'in relationship' alasan---> bila jumpa perempuan idaman atau impian senang sikit nak kapel kalau tak....TERLEPAS la...GF lama akan ditinggalkan alasan----> TAK SEHALUAN kadang-kadang tu siap sembur kata-kata yang menyakitkan hati lagi ' u ni sombong la' 'bongkok la' 'ego la' dan lain-lain berkaitan atau sedara dengan sombong dan bongkok tetapi berbeza dengan perempuan kalau boleh nak bagitau satu dunia status in relationship. alasan---> senang orang tau sama ada saya dah berpunya ke tak.

5) Lelaki lebih ambil berat pasal orang lain berbanding Gf dia. Kalau kawan perempuan ada masalah dia sentiasa ada disisi kawan dia tu. Tambahan lagi, kalau dia pernah menaruh hati dekat perempuan tu. Berbeza dengan perempuan, dorang ambil juga berat hal kawan tapi tau batas....lelaki ni lebih rela GF dia sakit hati berbanding dengan dengan kawan perempuan.

6) 'u tak leh mesej dengan lelaki lain tau' itu selalu ayat atau lebih kepada arahan kepada GF dia tapi kalau dia mesej dengan perempuan lain tak ape lak. alasan----> kawan jela (alasan lama)

Ini beza antara lelaki dan perempuan...harap kaum lelaki jangan marah ye...Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan. Sebab tu la perempuan akan buat keputusan untuk break (tak curang ye) dan cari lelaki lain seterusnya KAHWIN.

OMG!!!!!test lagi????

Adui malam ni saya dapat tau next week (sabtu=16/10/2010) saya ada second test untuk subjek ZSC 549. Sekarang ni dah tak ada mood nak ambil test yang ada sekarang mood nak final exam. Meja tulis saya memang selerak gila-gila kalau mama saya tengok sure dia akan kata 'belum sesuai untuk kahwin' hehe...masalahnya saya bukan malas ye tapi hampir setiap masa saya pakai meja tu...sape-sape tengok meja saya mesti kata 'sure semester ni dapat straight A'. Harap-harap doa 2 termakbul...aminnn...
Sejak akhir-akhir ni saya selalu je rasa sedih+kecewa+terluka. Ekceli bukan dengan sesape pun maybe perasaan ni timbul bila saya banyak sangat dengar lagu-lagu sedih yang menyentuh perasaan saya. (jujur ke pengakuan saya atau saya terasa kehilangan seseorang tapi tak nak mengaku???)nape saya mesti rasa perasaan tu? dalam minggu ni saya cuba bagi tumpuan pada pelajaran saya tapi seolah-olah diri saya tak bekerjasama dengan minda saya maybe tu salah satu sebab nape saya tak kemas meja. kononnya nak tunjuk kat rumate saya study realitinya TIDAK!!!! ( menipu namanya tu).Sekarang ni saya tak boleh terlalu mengikut hati dan perasaan even sedih atau kecewa, saya tetap kena bagi tumpuan pada pelajaran.
Malam ni emosi saya okay sikit. lepas habis kelas saya terus balik tak singgah mana-mana kedai. Semangat nak study berkobar-kobar lepas lecturer saya bagitau minggu depan ada test. Ape-ape pun doakan saya berjaya dalam test ye!!!!