Tuesday, September 11, 2012

Suatu Malam....

MERAJUK...saya rasa perempuan memang tidak boleh lari dari merajuk dan saya akui yang saya memang suka merajuk walaupun dalam hal yang remeh. Saya seorang yang mudah tersentuh dan menangis...tak percaya??? kalau tak percaya cuba tanya incik husband. Minggu lepas saya ada merajuk dengan incik husband selepas balik dari Tesco. Dalam merajuk tu saya makan megi sorang-sorang sebab saya tengok incik husband tidur tapi hakikatnya incik husband pura-pura tidur. Tapi yang paling best bila nak tidur incik husband peluk saya. Time tu saya hampir nak nangis nasib baik dah tutup lampu kalau tak memang malu la dekat incik husband. Incik husband kata tak boleh tidur so saya bancuhkan susu untuk incik husband dan untuk saya juga. Sekejap je kan saya merajuk betul tak incik husband...

Tuesday, September 4, 2012

Pregnancy Test

Hari Khamis minggu lepas saya ada buat pregnancy test dekat klinik USM memandangkan saya period saya tak datang lagi kalau nak ikutkan memang dah terlalu lewat.... masa bulan puasa saya dapat puasa penuh jadi saya fikir better buat pregnancy test mana tau kot-kot ada rezeki. Tambahan lagi incik husband selalu rasa loya-loya...pagi Khamis tu awal-awal pagi saya dah bersiap maklum la bersemangat katakan...selepas buat pendaftaran saya terpaksa tunggu dalam beberapa minit sebelum nama saya dipanggil untuk buat urin test. Takpe la rugi beberapa minit untuk study mungkin ada berita gembira untuk saya dan suami itu yang saya fikir. Selepas buat urin test beberapa minit kemudian nombor saya dipanggil untuk berjumpa DR. Dada saya berdebar-debar betul ke saya pregnant??? sebab selera saya bertambah-tambah sejak akhir-akhir ni...selalu je mengidam nak makan macam-macam seperti kek secret recipe la mocha blended la and so on....saya dengar DR sembang dengan nurse tapi apa yang mereka sembang saya pun tak faham mungkin BAHASA PERUBATAN kot...BAHASA PERUBATAN??? ada ke??? ermmmm....dengan tenang DR bagitau result saya NEGATIVE...tapi DR kata result negative tak semestinya saya tak mengandung mungkin urin test lambat untuk kesan..DR nasihatkan saya jangan minum air coke atau sewaktu dengannya, nenas atau makanan tajam DAN satu lagi DR kata stop dulu makan jamu takut kalau betul saya mengandung mungkin akan memberi kesan pada kandungan saya. Selepas jumpa DR saya terus jaga pemakanan...minuman bergas saya dah tak ambil. Tiap-tiap malam sebelum tidur minum susu dan makan buah kurma. Manakala untuk sarapan pula, saya minum nestum + milo dan saya ambil beberapa vitamin untuk kesihatan saya dan kandungan saya ( walaupun negative). Selepas beberapa hari saya amal pemakanan seperti ni suatu petang perut saya sakit sangat macam nak datang period...dan apabila saya check memang sah saya PERIOD...so selama ni yang selera saya bertambah ni sebab ape ye sebab nak bertambah berat badab ke???? Then saya terus langgar pantang apa lagi minum air coke la...selepas period ni saya amal balik la jamu jawabnya...sabar la eyu mungkin takde rezeki lagi...untuk incik husband kita perlu bekerja kuat lagi ye bak kata you kalau nak berjaya dalam pelajaran kena belajar rajin-rajin....