Thursday, December 29, 2011

What???? Pindah KL?

Whattttttttt????? Pindah KL? Asal mama tiba-tiba bagi idea nak pindah KL pulak ni ( dalam hati saya seronok sebenarnya) tapi depan mama buat-buat terkejut. Lepas tu, saya buat muka frust pulak kononnya tak nak duduk KL. Mama kata nak jual rumah kami dekat sini dan beli rumah dekat sana. Maknanya nak jadi orang KL la tu. Saya pula buat-buat tak setuju saja nak bagi adik-adik marah (gelak guling-guling dalam hati).Tadi kawan mama, mak cik M dari KL ada telefon bagitau ada rumah untuk dijual. Harga rumah tu pun boleh tahan juga la...mama tanya pendapat saya, saya tak tahu nak bagi jawapan apa Cuma saya cakap “Apa-apa pun mama, kita bincang dulu dengan abang Fir” ( saya gelak guling-guling lagi). 'Harap mama TAK JADI nak pindah KL la' ( harapan sebenar saya....SERIUS!!!!!! saya tak tipu)

~Situasi Saya~

Situasi : Time saya nak keluar rumah sorang-sorang
Mama : Eyu nak pergi mana?
Saya : Eyu nak keluar kejap...nak beli barang...
Mama : suruh baby teman...
Saya : Mama, eyu dah BESAR..umur 25 tahun dah...tak kan tak boleh keluar sorang-sorang. Eyu dah ada kereta sendiri, kad kredit sendiri...
Mama : ....dan hutang sendiri ( gelak)...i said no and still no...kena bawa baby juga.
Saya : (mulut muncung sambil menggangguk)



Situasi : Apabila mama bincang hal kahwin
Mama : Eyu ni dah kena kahwin...umur dah 25 tahun. Mama sebaya eyu dah ada 3 orang anak tau...
Saya : Sekarang ni 25 tahun tu boleh dikatakan KECIL lagi...mama tahu kenapa Eyu suka makan aiskrim? Itu menunjukkan Eyu still KECIL lagi. Tengok mama tak suka makan aiskrim sebab mama dah besar kan...
Mama : Bukan sebab mama dah besar yang mama tak suka makan aiskrim tapi mama jaga kesihatan tak macam Eyu...(gelak)
Saya : ( Buat dahi berkedut sambil menggangguk)



Situasi : Apabila saya bincang hal kahwin
Saya : Eyu dah BESAR, umur 25 tahun dan dah boleh kahwin...betul tak mama?
Mama : ( menggangguk sambil tersenyum)




~juz wanna say lalala~

Tuesday, December 20, 2011

Apa itu Penyakit SLE???

NAMA penyakit ini mungkin tidak sepopular penyakit kencing manis, sakit jantung, kanser payu dara dan sebagainya kepada orang awam, malah kekerapan penyakit ini untuk dihidap oleh pesakit juga kecil jumlahnya.

Adakalanya, si penghidap juga tidak mengetahui mereka menghidap penyakit ini sehinggalah berjumpa doktor pakar.

Bagaimanapun penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) atau lupus ini tidak boleh dipandang ringan.

Namun, kekurangan maklumat dan pendedahan mengenai penyakit ini kepada umum seringkali menyebabkan penghidapnya menerima tanggapan negatif daripada individu lain kerana salah faham berkenaan penyakit itu.

Menurut Pakar Perunding Perubatan dan Rheumatologi, Jabatan Perubatan Hospital Selayang, Selangor, Dr. Ong Swee Gaik, penyakit SLE merupakan penyakit kronik berpanjangan yang berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh iaitu autoimmune disease.

‘‘Sistem pertahanan tubuh merupakan rangkaian sel yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.

“Sistem pertahanan tubuh yang normal akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisme yang masuk ke dalam tubuh untuk mengelak serangan jangkitan organisme berkenaan. Antibodi yang terhasil akan menyerang organisme tersebut untuk mempertahankan tubuh,” katanya.

Malangnya bagi seorang pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri yang menyebabkan organ di dalam tubuh pesakit mengalami keradangan.

Dr. Ong berkata, penghidap SLE lebih ramai di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah 9:1 (sembilan wanita kepada seorang lelaki) dan kebanyakan wanita yang menghidap SLE berada di dalam lingkungan umur 15 hingga 40 tahun.

Penyakit ini boleh juga melibatkan kanak-kanak dan kerap menimpa orang-orang Asia berbanding dengan orang Barat.

‘‘Kekerapan ini pasti menyebabkan masalah kepada wanita kerana pada usia ini wanita sedang berada pada tahap produktif dari segi pencapaian kerjaya dan biologikal (mengandung).

‘‘Kira-kira sepuluh peratus pesakit SLE terdiri daripada lelaki dan kanak-kanak,” katanya.

Apabila ditanya kenapa penyakit ini lebih banyak menyerang wanita, Dr. Ong berkata, punca sebenar berlakunya SLE masih tidak diketahui, namun katanya terdapat beberapa faktor yang dapat dikaitkan dengan SLE.

Antaranya ialah akibat jangkitan virus, hormon seks, faktor persekitaran dan keturunan.

Terdapat tiga jenis penyakit “lupus” iaitu Discoid Lupus Eritematosus (DLE) iaitu yang melibatkan kulit sahaja, Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) yang boleh melibatkan pelbagai organ di dalam tubuh., dan jenis ketiga ialah Drug Induced Lupus yang diakibatkan daripada sesetengah ubat-ubatan.

Katanya, penyakit ini kadang-kadang sukar didiagnos pada peringkat awalnya kerana gejala-gejalanya tidak begitu ketara. Ini adalah kerana gejala-gejala awal penyakit SLE tidak spesifik termasuk rasa letih lesu, demam, sakit sendi dan keguguran rambut.

Kebanyakan pesakit SLE (70 hingga 80 peratus) mengalami masalah kulit. Selalunya bahagian muka akan terjadi ruam yang dikenali sebagai malar rash atau butterfly rash. Ruam ini terjadi di bahagian pipi dan hidung dan oleh kerana bentuk ruam ini merupai bentuk sayap rama-rama, ia juga dikenali sebagai butterfly rash.

Ruam ini terdapat di bahagian badan yang terdedah kepada cahaya matahari iaitu di bahagian muka, leher dan lengan. Pesakit SLE juga mengalami keadaan di mana kulitnya lebih sensitif kepada cahaya matahari dan ruam yang dialaminya akan menjadi lebih merah apabila terdedah kepada cahaya matahari.

Oleh kerana penyakit SLE boleh melibatkan pelbagai organ dalam tubuh, penghidap SLE akan mengalami gejala yang berbeza di antara satu sama lain. Selalunya, menurut Dr Ong, gejala penyakit ini terjadi di bahagian muka dahulu iaitu ruam-ruam di muka, ulser di mulut termasuk lelangit, dan keguguran rambut yang ketara.

Bercerita mengenai latar belakang penyakit SLE, Dr. Ong berkata, penyakit ini mula digambarkan pada kurun ke 19 oleh pakar perubatan Perancis yang bernama Pierre L. Cazenave.

“Beliau menyifatkan ruam merah di bahagian muka pesakit bagaikan gigitan serigala.”

‘‘Perkataan SLE berasal dari bahasa Latin iaitu Lupus yang bermaksud serigala dan eritematosus yang bermakna merah.

Antara tanda-tanda dan gejala-gejala yang dikaitkan dengan SLE ialah ruam-ruam pada kulit muka dan badan, kulit yang sensitif kepada cahaya matahari, ulser pada mulut, keguguran rambut, sakit dan radang pada sendi, demam yang berlarutan, rasa letih-lesu, sakit di bahagian dada apabila bernafas (pleurisy) dan vasculitis (radang pada saluran darah).

Penyakit ini buat masa ini, menurut Dr. Ong, tidak boleh sembuh tetapi ia boleh dirawat dan dikawal.

“Keadaan penyakit SLE menjadi lebih teruk apabila organ dalaman terlibat. Ia sering menyerang buah pinggang (lebih kurang 40 peratus daripada pesakit SLE) dan sekiranya rawatan awal tidak diberi, pesakit SLE boleh mengalami kegagalan buah pinggang. Selain daripada buah pinggang yang merupakan organ penting, SLE boleh juga melibatkan otak, jantung, paru-paru dan darah.

Namun ada di kalangan pesakit yang tidak mengalami masalah yang serius pada awalnya, tetapi ia akan jadi melarat sekiranya ia menyerang di bahagian organ-organ dalaman yang boleh menyebabkan maut sekiranya tidak dirawat.

Walaupun setakat ini masih belum terdapat statistik sebenar mengenai jumlah pesakit SLE di negara ini, namun dianggarkan 30 hingga 40 daripada setiap 100,000 penduduk di negara ini penghidap kepada penyakit ini.

‘‘Mengikut statistik dari negara China, penyakit ini dihidapi oleh 70 orang dalam setiap 100,000 penduduk di negara berkenaan,” katanya.

Tambah Dr. Ong, penghidap SLE memerlukan rawatan yang berpanjangan, biarpun pesakit akan rasa sihat selepas rawatan. Katanya, oleh kerana penyakit SLE agak rumit (complicated), mereka yang menghidap penyakit SLE perlu mendapatkan rawatan doktor pakar dalam bidang ini

Oleh kerana penyakit SLE merupakan penyakit yang boleh berulang (remitting and relapsing course), maka penghidap SLE perlu mendapatkan rawatan ulangan yang berterusan. Ini adalah bagi memastikan penyakit dalam keadaan terkawal dan juga untuk mengesan tanda-tanda penyakit SLE yang bangkit/aktif semula supaya rawatan boleh diberi dengan segera sebelum fungsi organ yang terlibat terjejas.

Pesakit juga akan dirujuk kepada beberapa doktor pakar yang bertanggungjawab bergantung kepada mana-mana organ yang terlibat diserang penyakit berkenaan.

Sekiranya terdapat ruam di bahagian luar badan seperti di kulit dan wajah, mereka akan diberikan krim pelindung matahari yang mempunyai SPF yang tinggi selain daripada ubat makan seperti prednisolone dan hydroxychloroquine.

Mereka juga dinasihatkan untuk memakai topi dan lengan panjang apabila berada di bawah cahaya matahari.

Kaunseling juga akan diberikan kepada pesakit SLE untuk memberikan mereka sokongan moral di samping membantu pesakit memahami tentang penyakit yang dialami mereka. Dengan adanya pemahaman tentang penyakit SLE, pesakit akan lebih mematuhi arahan doktor dalam pemakanan ubat, dan pemeriksaan darah serta kencing yang berkala.

Selain daripada kaunseling daripada doktor pakar rheumatologi yang merawat, perkhidmatan kaunseling boleh didapati dari Persatuan SLE Malaysia

‘‘Sokongan keluarga dan rakan-rakan amat diperlukan oleh pesakit SLE dan mereka harus memahami keadaan yang menimpa pesakit.

‘‘Perlu diingatkan penyakit SLE adalah penyakit yang tidak berjangkit dan tujuan rawatan adalah supaya pesakit dapat menjalani kehidupan normal sebagaimana individu lain,” katanya.

Info

* Penyakit kronik berpanjangan berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh.

* Penghidap SLE lebih ramai di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah 9 wanita kepada seorang.

Tanda dan gejala SLE

* Sakit pada sendi, demam berlarutan, lesu, ruam pada kulit muka dan badan, anemia, sensitif pada cahaya matahari, ulser mulut dan keguguran rambut.

* Kulit muka menjadi merah apabila terdedah kepada cahaya matahari.

* Kegagalan fungsi buah pinggang, masalah pada sistem saraf, sakit sendi.

Panduan untuk pesakit SLE

* Kenali makanan yang sesuai dengan pertahanan tubuh, makan seimbang dan berkhasiat, bersenam dan elakkan aktiviti lasak.

* Elakkan stres kerana ia boleh menyebabkan penyakit ini menjadi aktif, sentiasa berfikiran positif.

* Perlindungan kulit.

* Memakai perlindungan matahari sekurang-kurangnya SPF 30, guna payung, topi, berlengan panjang untuk mengelakkan daripada terkena cahaya matahari.

* Ubat-ubatan.

* Makan ubat atas arahan doktor.

* Jangan berhenti makan ubat tanpa arahan doktor dan jangan makan ubat bersama ubat lain dikhuatiri interaksi ubat berlaku.

* Patuhi jadual susulan yang ditetapkan.

Sunday, December 11, 2011

Alooo....i xpernah kahwin ye...

Saya dah jadi tak berapa nak sihat hari ini selepas berlaku peristiwa yang mengejutkan hari ni. 3 4 hari ni saya sering diganggu dengan mesej yang saya sendiri tidak duga. Tapi saya kenal siapa pengirimnya...yang pastinya lelaki. Hari ni saya dah tak tahan kerana dia selalu hantar mesej ajak makan.hari ni Dia hantar mesej ajak saya lunch lagi. Kenapa la dia tak pernah kenal erti putus asa.


Saya : saya tak nak keluar...awak dah ada anak kan? Umur 12 tahun


Dia : anak? Ya memang ada...anak sedara...


Saya : jangan tipu saya tau tu anak awak...awak dah kahwin...nape ganggu saya?


Dia : betul..tu anak abang i...kahwin??? Sape kahwin? Alooo....i xpernah kahwin ye untuk pengetahuan u...


Saya : umur awak berapa?


Dia : umur i 35 tahun...nape? tua? U ingat i dah kahwin coz tu u tak nak kuar dengan i ek?


Saya : saya GF orang...


Dia : baru GF bukan wife pun...


Saya : saya dah nak kahwin...


Dia : tapi belum kahwin kan...


Saya : saya akan bertunang...


Dia : tapi belum bertunang kan...awak belum milik siapa yang sah kan...awak percaya pada jodoh tak? Saya dapat rasa awak ditakdir untuk saya....


Saya : buntu...



Saya terus matikan HP dan berlari setempat di dalam bilik selama setengah jam sehingga mama saya tanya exercise ape tengahari buta ni....kemudian saya ZZZZzzzzzzz.......

Thursday, December 8, 2011

Jodoh Oh Jodoh

Jodoh oh jodoh...saya masih lagi dalam topik perkahwinan yang sememangnya hangat orang bicara di mana-mana even budak sekolah menengah pun. Ok...kita selalu dengar orang tua kata jodoh kita ni hampir sama dengan perangai kita. Betul ke??? Ermmm...10 sikap saya yang mungkin anda tidak tahu...adakah pasangan saya sama seperti saya atau sememangnya berbeza atau dengan kata lain tidak sama...
1. Saya ni jenis gila-gila dan suka bercakap...semua topic saya bincang... yang pasti saya bukan seorang yang pendiam. Kalau pendiam tu bukan diri saya maybe waktu tu saya berlakon jadi orang lain hehe....
2. Saya jenis perempuan moden yang bertudung. Even saya bertudung itu tidak menghalang saya untuk berfesyen.
3. Saya seorang yang setia sama ada dalam bercinta atau berkawan...
4. Saya seorang yang boros. Saya akui sikap ni sukar sikit saya nak kikis tapi saya cuba untuk berubah menjadi seorang yang lebih berjimat walaupun pahit...
5. Saya suka kecantikan bagi saya kecantikan tu bukan hanya luaran tetapi kecantikan dalaman juga penting.
6. Saya benci diet walaupun saya kerap sebut saya mahu berdiet tetapi hakikat sebenar saya hanya diet sekali sepanjang saya hidup ni ketika saya berusia 13 tahun.
7. Saya suka mekap tetapi bukan mekap tebal-tebal ye...bedak asas dan lipstick sudah cukup bagi saya.
8. I love high heel 2 much...
9. Saya tak makan daging lembu, kambing dan lain-lain saya hanya makan ayam itupun bahagian dada. (kalau boleh suami saya jangan suka makan dada ayam pulak... nanti berebut dengan saya pulak)
10. Saya suka semua bentuk yang melibatkan pengiraan...of coz saya suka DUIT...

Kalau ditelitikan sikap serta perangai saya ni agak-agak ada ke orang lelaki yang hampir sama dengan saya??? Maksud saya lelaki normal ye...

Wednesday, December 7, 2011

Kahwin Kahwin dan Kahwin

Agak lama saya tidak update blog saya sebenarnya bukan saya sibuk tapi tak ada idea nak coret di laman ni. Musim cuti sekolah dah lama tiba so macam biasa la kenduri kahwin mula menyusur kalau diikut-ikutkan diawal-awal cuti sekolah lagi sebenarnya kenduri kahwin ni diadakan . Saya ingat saya tidak mendapat undangan kahwin tetapi tup tup tup saya dapat beberapa jemputan ( sebenarnya saya sendiri tidak kira jumlah jemputan kenduri). Apabila sebut kenduri kahwin tak mustahil kenduri kahwin saya juga jadi tajuk utama dikalangan kawan-kawan mama. Biasalah dorang mula bertanya bila nak kahwin, calon orang mana, nape pilh orang jauh dan lain-lain soalan yang saya sendiri tak tau nak jawab apa...yaaarrrrr saya tau umur saya sudah menjangkau 25 tahun tapi apa ada pada angka sebenarnya. Hakikatnya luaran saya kelihatan sebaya dengan adik saya yang berusia 15 tahun ( sebab tu kot saya lupa yang usia saya 25 tahun hehe)


Orang kata usia sebegini kita seharusnya kalut fikir hal kahwin tapi hakikatnya hanya mulut saya saja kata nak kahwin tetapi hati saya masih berbelah bagi. Perlu ke ada perasaan begitu?? Atau saya pernah terluka kerana suatu ketika dulu saya pernah menaruh harapan yang terlalu tinggi dalam perhubungan? ( tinggi dari Gunung Kinabalu...). mungkin kekecewaan lalu membuatkan saya perlu fikir semasak-masaknya sebelum mengakhiri zaman bujang saya. Ramai diantara kawan-kawan mama, kawan-kawan abang saya mahupun kawan-kawan saya sendiri berkata orang seperti saya tidak perlu mengakhiri zaman bujang terlalu cepat. Ada diantara mereka mengganggap saya mempunyai pakej yang lengkap sebagai seorang wanita. Saya masih ingat ada anak kawan mama begitu menggagumi saya sehingga menggelarkan saya Beauty with Brain’. Apa-apa pun saya mengucap terima kasih dan saya juga bersyukur dengan apa saya miliki. Apa yang saya ada sekarang tidak pernah buat saya bongkak atau sombong....tetapi saya ingin bertanya adakah suami saya akan menggagumi saya seperti mereka diatas. Bersyukurkah dia memiliki saya atau dia sekadar ingin berkahwin dengan saya semata-mata ada sebab tertentu yang saya sendiri tidak tahu.


Saya seorang yang ikhlas dalam menjalinkan hubungan dengan seseorang tetapi saya juga perlu tahu keikhlasan seseorang itu menjalinkan hubungan dengan saya. Bukan saya takut cuma saya ingin berwaspada kerana saya tidak mahu cerita-cerita didalam akhbar terjadi kepada saya. Bukan saya ingin melawan takdir tetapi kalau kita boleh mengelak sebaiknya kita mengelak sekiranya kita tahu ada antara mereka tidak ikhlas. Saya kena pastikan dia mengambil berat tentang saya dan bersedia menjalankan tanggungjawab seperti mana keluarga saya mengambil berat dan bertanggungjawab keatas saya. Sebelum berkahwin saya mesti bagitau apa yang saya fikir dia perlu tahu. Begitu cerewetkah saya??? Ya dan sememangnya Ya dan jawapannya sentiasa Ya.... Saya sememangnya cerewet dalam menentukan hal kehidupan saya. Saya fikir lebih baik saya berterus terang sekarang supaya ia tidak menjadi kudis apabila berkahwin nanti. Jika rasa saya bukan pasangan yang sesuai carilah perempuan lain yang rasa sesuai kerana saya fikir setiap orang berhak menentukan siapa pasangan mereka sendiri. Saya tahu semua orang tidak sempurna tetapi kita boleh berubah...perubahan perlu ada dalam diri kita jika kita ingin berjaya.


Apa-apa pun saya berharap kawan-kawan mendoakan kebaikan buat saya agar saya dapat menempuhi alam perkahwinan yang bakal saya tempuhi akan datang coretan ini hanya luahan hati saya yang saya tidak tuju kepada sesiapa....jumpa lagi....