Wednesday, February 29, 2012

Di Dalam Sepi Itu...

Suasana petang di rumah saya agak sunyi memandangkan adik-adik saya berada di bilik masing-masing termasuk la saya. Lagu nyanyian Arwah Dato Sudirman Haji Arshad bertajuk “Di Dalam Sepi Itu” bermain di mp3 saya...sejak akhir-akhir ni lagu ni kerap saya putar entah la rasa macam tak puas je dengar even banyak kali duk putar sampai adik perempuan saya tanya “ ni duk putar lagu sedih ni putus cinta dengan sape lak tak sangka la org PHD ni ada juga jiwang” tapi saya buat bodoh je malas nak layan...dia tau ape even saya ni budak PHD tapi saya manusia biasa macam orang lain juga ada hati dan perasaan gembira, sedih, kecewa tapi mungkin adik saya tak tau dia ingat semua orang lulusan tinggi ni serius dengan kata lain tak jiwang la kot...


Ok sebenarnya saya ni peminat Dato Sudirman...semua lagu arwah saya suka tak kisah la lagu sedih ke lagu gembira ke saya memang minat tapi banyak lagu sedih la macam “merisik khabar” “terasing” “jauh disudut hati “ “pelangi petang” “hujan” dan lain-lain kalau nak saya senaraikan memang banyak la...semua lagu arwah best-best...


Sebenarnya lagu-lagu ni tak ada kena mengena pun dengan hidup saya atau kisah cinta saya Cuma saya suka dengar je...isshhh ...betul ke tak ada kena mengena ni Eyu hehe...WAT EVER....ok la saya nak terus layan lagu-lagu Dato Sudirman...see u again...

Sunday, February 26, 2012

~4 F~

Ok agak lama saya tak update kerana sepanjang sebulan ni saya agak sibuk sikit. Bermula hari Jumaat ( 24 Feb 2012) saya mula ada masa lapang walaupun tidak selapang mana...ok sejak saya selesai berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah ( 18 Jan – 23 Feb) HP dan inbox FB saya tak putus-putus terima panggilan dan juga mesej daripada pelajar-pelajar saya. Mereka mula bertanya khabar walaupun baru 2 hari berpisah.

Saya akui saya juga rindukan mereka cuma saya tidak tonjol kepada mereka. Semasa hari terakhir saya di sekolah, pelajar-pelajar berpusu-pusu datang memberi hadiah dan kad sehingga saya terpaksa memberi arahan sambil senyum dan buat muka cute

“ ok guys teacher just ada 2 tangan je tak boleh nak pegang semua hadiah ni so teacher harap anak-anak teacher semua boleh letak hadiah or kad dekat bilik guru nanti tanya mana-mana cikgu di mana meja teacher ye sebab lepas ni teacher ada kelas “

Semua pelajar saya angguk faham. Fuhhhhh.... lega ni baru satu kelas belum lagi kelas lain. Pendek kata hari tu memang banyak la saya dapat hadiah dan kad sampaikan tak cukup 2 tangan ni nak angkut.
Tapi tak tahan ada juga beberapa orang pelajar saya menangis sehingga saya terpaksa pujuk. Saya akui memang saya rapat dengan pelajar-pelajar saya tambahan lagi saya merupakan guru kelas mereka. Tugas guru kelas ni banyak dan juga besar tanggungjawabnya....

ok setiap pagi tepat pukul 7.30 saya akan gotong-royong dengan pelajar-pelajar kelas saya bersihkan kelas. Kalau ada sampah even kecil saya mula membebel ‘pok pek pok pek’. Lepas tu ambil kedatangan. Kalau ada pelajar tak datang lebih 2 hari saya pun tepon la mak atau ayah diaorang tanya kenapa tak datang. Lepas tu tiap-tiap hari ada je pelajar sakit perut la pening la nak muntah la jadi semua tu saya kena handle dengan baik . Atas meja saya, tersedia macam-macam jenis ubat khas untuk siapa-siapa yang sakit.

Ni belum masuk bab puji memuji lagi. Tiap-tiap hari diaorang selalu je puji saya. Walaupun kadang-kadang saya lupa nak pakai bedak tetapi diaorang tetap puji jugak. Saya masih ingat time tu baru 3 hari saya mengajar dekat sekolah tu....



Pelajar A : teacher cantik la...
Saya : Yeke? Tapi Siti Nurhaliza lagi cantik...( saja saya cakap macam tu)
Pelajar A : Ala Siti Nurhaliza cantik sebab mekap tapi teacher tak mekap pun cantik...




Petang tu lepas balik dari sekolah saya tercegat depan cermin belek-belek muka cuba mencari kesahihan kata-kata pelajar saya itu walaupun saya tidak nampak kesahihan itu selepas berjam-jam depan cermin...




Kalau nak cerita memang banyak la sampai esok pun tak habis kalau bab puji memuji. Diaorang ni pandai je ambil hati saya tetapi mama saya pernah kata budak-budak tak pandai menipu ape yang diaorang bagitau ikhlas daripada hati...Owh ye ek.....oklah saya stop kat sini je jumpa lagi tata...