Wednesday, October 6, 2010

Bercinta VS Putus cinta



Sejak akhir-akhir ni saya kerap dengar kawan-kawan saya putus cinta. Ada yang bercinta 3-4tahun then break, 2 bulan lepas tu bertunang dengan orang lain dan dalam tahun yang sama kahwin...ape-ape pun jodoh ditangan Allah s.w.t.Even bercinta 10 tahun pun bila dah tak de jodoh...putus juga...Saya agak fobia dengan perkataan CURANG. kebanyakkan kawan-kawan saya break sebab ada cinta lain. Kadang-kadang dah ada mak we or pak we yang okay dan dah cukup bagus tapi nak juga cari yang lain. Seolah-olah tak bersyukur....disini saya nak berkongsi sikit beza antara lelaki dan perempuan bila bercinta

1)Lelaki, even dah ada dah girlfriend yang cukup bagus tapi still lagi mencari seolah-olah tak puas dengan ape yang mereka ada tapi berbeza dengan perempuan, mereka akan cuba setia pada boyfriend dari awal hubungan lagi.

2) Lelaki, tak pernah rasa bersalah bila keluar dengan perempuan lain. Mereka akan cuba sorok sebaik mungkin.... alasan yang diberi, kalau bagitau nanti GF marah pulak...ayat yang selalu mereka pakai 'kawan jela...i tak de hati pun kat dia'

3) Lelaki mudah ungkap kata-kata cinta pada perempuan tetapi perempuan susah sikit nak luah ape yang mereka rasa. Kadang-kadang lelaki ni boleh je ungkap kata-kata cinta kat perempuan lain sama macam dia ungkap kata-kata cinta kat GF dia contoh 'i nak kahwin dengan u' kadang-kadang terlebih ambil berat pulak tu siap beli makanan lagi bila perempuan tu cakap 'i belum makan lagi ni' (nasi goreng ke mee goreng ke atau satu spesis dengannya)Dekat GF tak la pulak ambil berat nak tanya dah makan ke belum atau nak beli ke makanan. Ini lelaki yang yang tidak menghargai ape yang dia ada...

4) Lelaki suka sangat mengaku single even bertahun-tahun pegang status 'in relationship' alasan---> bila jumpa perempuan idaman atau impian senang sikit nak kapel kalau tak....TERLEPAS la...GF lama akan ditinggalkan alasan----> TAK SEHALUAN kadang-kadang tu siap sembur kata-kata yang menyakitkan hati lagi ' u ni sombong la' 'bongkok la' 'ego la' dan lain-lain berkaitan atau sedara dengan sombong dan bongkok tetapi berbeza dengan perempuan kalau boleh nak bagitau satu dunia status in relationship. alasan---> senang orang tau sama ada saya dah berpunya ke tak.

5) Lelaki lebih ambil berat pasal orang lain berbanding Gf dia. Kalau kawan perempuan ada masalah dia sentiasa ada disisi kawan dia tu. Tambahan lagi, kalau dia pernah menaruh hati dekat perempuan tu. Berbeza dengan perempuan, dorang ambil juga berat hal kawan tapi tau batas....lelaki ni lebih rela GF dia sakit hati berbanding dengan dengan kawan perempuan.

6) 'u tak leh mesej dengan lelaki lain tau' itu selalu ayat atau lebih kepada arahan kepada GF dia tapi kalau dia mesej dengan perempuan lain tak ape lak. alasan----> kawan jela (alasan lama)

Ini beza antara lelaki dan perempuan...harap kaum lelaki jangan marah ye...Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan. Sebab tu la perempuan akan buat keputusan untuk break (tak curang ye) dan cari lelaki lain seterusnya KAHWIN.

OMG!!!!!test lagi????

Adui malam ni saya dapat tau next week (sabtu=16/10/2010) saya ada second test untuk subjek ZSC 549. Sekarang ni dah tak ada mood nak ambil test yang ada sekarang mood nak final exam. Meja tulis saya memang selerak gila-gila kalau mama saya tengok sure dia akan kata 'belum sesuai untuk kahwin' hehe...masalahnya saya bukan malas ye tapi hampir setiap masa saya pakai meja tu...sape-sape tengok meja saya mesti kata 'sure semester ni dapat straight A'. Harap-harap doa 2 termakbul...aminnn...
Sejak akhir-akhir ni saya selalu je rasa sedih+kecewa+terluka. Ekceli bukan dengan sesape pun maybe perasaan ni timbul bila saya banyak sangat dengar lagu-lagu sedih yang menyentuh perasaan saya. (jujur ke pengakuan saya atau saya terasa kehilangan seseorang tapi tak nak mengaku???)nape saya mesti rasa perasaan tu? dalam minggu ni saya cuba bagi tumpuan pada pelajaran saya tapi seolah-olah diri saya tak bekerjasama dengan minda saya maybe tu salah satu sebab nape saya tak kemas meja. kononnya nak tunjuk kat rumate saya study realitinya TIDAK!!!! ( menipu namanya tu).Sekarang ni saya tak boleh terlalu mengikut hati dan perasaan even sedih atau kecewa, saya tetap kena bagi tumpuan pada pelajaran.
Malam ni emosi saya okay sikit. lepas habis kelas saya terus balik tak singgah mana-mana kedai. Semangat nak study berkobar-kobar lepas lecturer saya bagitau minggu depan ada test. Ape-ape pun doakan saya berjaya dalam test ye!!!!

Thursday, August 19, 2010

Banyak Benda Kena BUat


Hari ni saya bangun macam biasa even semalam saya tidur lewat coz study...actually semalam saya merajuk dengan BF saya coz dia janji nak call tapi tak jadi pulak coz sakit tekak. Sebenarnya tak ada niat nak merajuk pun tapi cuma keadaan saya sekarang menyebabkan saya sensitif sikit....Sejak akhir-akhir ini saya suka sangat merajuk kesian BF saya. Tapi nasib baik la dia cukup memahami saya....stop pasal ni.Ni nak cerita pasal assignment pulak, 2 minggu lepas pertama kali menerima assignment untuk semester ni, untuk subjek ZCC 541 (Solid State) lecturer saya hanya bagi 2 soalan tapi terlalu susah nak selesaikan huhu...saya hanya dapat selesaikan 1 soalan je lagi 1 rasa macam nak skip je...tapi boleh ke??? kalau dapat selesaikan 2 soalan baru dapat 5 markah tapi kalau dapat selesaikan satu soalan maksudnya hanya dapat 2.5 markah??? cukup ke nak tampung untuk exam??? Pening saya memikirkannya.

Macam-macam cara dah saya cuba untuk selesaikan tapi macam tak dapat je solution dia. Tambahan lagi, saya ada dua test before hari raya ni. Saya kena bekerja keras tapi tenaga saya tak sama macam umur saya 20thn. Even macam-macam supplement saya ambil untuk bagi tenaga.Lepas kelas saya cepat mengantuk sampai terpaksa minum nescafe+milo walaupun saya tau nescafe tak elok untuk minda( ni cikgu saya bagitau masa zaman sekolah dulu...) nak tak nak terpaksa la minum.Kalau tengok meja tulis saya memang tak terurus banyak dengan kertas kiraan dan buku-buku. Tiba-tiba teringat zaman kerja...tak payah fikir exam dan study hanya buat preparation untuk mengajar je...



Tapi ini la yang perlu dibayar untuk dapat segulung master (study+study+study=exam). Saya kena bersabar hanya tinggal beberapa bulan lagi untuk saya stay kat sini (nampak sangat malas belajar haha....). Apa-apa pun sepanjang saya sambung master ni banyak ilmu yang saya dapat tak sama dengan degree (up ckit la....) Rasanya saya stop kat sini dulu la coz banyak benda nak cover tuk exam ni. Ape-ape doakan kejayaan saya OK...

Sunday, July 11, 2010

First day

Hari ini aku bangun awal seperti biasa even aku tak boleh.......(biasa la tiap-tiap bulan perempuan akan cuti termasuk aku hehe...aku kan perempuan..) Banyak keje juga aku kna buat hari ni. First, aku kena pergi bayar yuran bilik ( yang bulan Jun punya). Second, pergi HEP kawan aku minta ambil pengesahan untuk dia ( borang internet for student less 50% ). Itu borang dia punya aku juz pergi minta pengesahan je. Third, cari kelas untuk malam ni. Yela... mana tau kot-kot malam ni tak jumpa pulak kalau cari kalut-kalut. So, biar aku cari awal-awal nanti malam dah tau kelas tu duduk kat mana.Aku dah plan dari semalam lagi hari ni aku tak nak drive tapi nak naik bas. Dah lama juga aku tak naik bas USM ni, semester lepas aku juz bayar je yuran bas tapi naik sekali je. Bila fikir balik macam rugi je bayar tapi tak naik hahaha....

Tepat pukul 9a.m. aku pun gerak...aku kena naik 2 buah bas ( almaklum la aku ni duduk hostel Saujana nun jauh di puncak. Hanya orang tabah macam aku je boleh stay kat sini. Bukan ape...tau tak berapa banyak kalori kita turun kalau pergi dan balik dari kelas??? Tambahan lagi kalau hostel duduk atas puncak macam hostel aku...memang boleh turun berat badan....so sesuai sangat la dengan aku yang berat badan tengah naik (from 40kg to 48kg) gara-gara makan benda-benda berlemak seperti aiskrim, coklat, pizza dan lain-lain yang satu spesis dengannya.
Hari ni paling best sekali bukan ape boleh tengok gelagat junior hehehe... first day katakan.... Macam-macam ade...hah ade yang tak tahu naik bas mana nak pergi kelas, ada yang masuk kelas lewat gara-gara tak jumpa cari kelas tapi yang pasti hari ni ramai junior pakai kad matrik ( gantung kat leher) gara-gara takut kena denda ( ala masa kat matrik kan kalau tak pakai kad matrik mesti kena denda hehe...) dari situ kita dapat beza mana junior mana senior. Jadi, aku pun terkenang la kisah aku masa first or second week kat usm masa tu aku buat degree (sekarang Master daaa...) Masa first semester semua budak fizik kena beli buku serway ( yang hard cover punya...klu timbang tak tau la berapa kg) termasuk la aku...aku dan kawan aku biar la aku namakan dia K bawa buku tu tiap kali ada kuliah. Kadang-kadang nak pengsan pun ada dah la kena kejar bas lagi, nanti dalam bas kena berdiri rasanya tiap kali bila senior fizik tengok kami mesti dia gelak coz dia tau kami ni junior. Masa tu aku siap pakai kad matrik lagi hehehe... bila dah masuk bulan ke-2 aku dah tak bawa buku tu coz berat sangat tak tahan la dan aku juga dah tak pakai kad matrik...( pakai time masuk library je...)kami juz bawa kertas A4 untuk salin nota. Tiada lagi sengal-sengal kat mana-mana bahagian badan.
Jadi aku rasa setiap orang mesti ada pengalaman tersendiri masa first day kat mana-mana tempat tak kira la kat universiti ke, matrik ke or tempat keje tapi yang pasti semua tu pengalaman yang terindah. Pastu bila terkenang pasti gelak sorang-sorang macam aku. So aku stop kat sini dulu hari ni kalau ada banyak masa terluang aku kembali lagi. Kejap lagi aku nak study sikit sebagai preparation untuk malam ni. jumpa lagi :)