Tuesday, April 17, 2012

Saya Dan Vitamin

Perempuan dan vitamin atau jamu tidak dapat dipisahkan kalau berpisah tak tau la saya nak cakap apa tapi kadang-kadang perempuan ni, dorang suka vitamin secara semulajadi contohnya makan buah banyak-banyak...okey macam saya yang agak malas + sibuk saya suka dapatkan vitamin daripada produk-produk kecantikan contohnya yang terbaru saya menggunakan vitamin E collagen untuk kulit muka. Jadi tiap-tiap malam sebelum tidur saya akan sapu vitamin tu dekat muka. Vitamin ni ibarat macam serum maknanya kena urut perlahan-lahan. Mulanya saya tak berapa nak percaya sangat dengan produk yang digunakan secara luaran berbanding dalaman ( dalaman bermaksud telan vitamin tak tak main sapu-sapu ni....) tetapi memandangkan kawan duduk promote jadi nak jaga hati saya order la 10 biji rm19 saja nak test betul ke ape yang dia bagitau. Hari pertama pakai memang dah nampak lain kulit muka jadi lembut dan ceria nampak seperti usia 19 tahun Ahaks... ( gelak gedik) okey yang 19 tahun tu saya gurau je tapi yang pasti memang best pakai vitamin ni...kali kedua saya order 20 biji untuk 20 malam lepas tu saya order lagi kali ni saya order lebih sikit iaitu 100 biji...sebab vitamin ni susah nak dapat so kena order banyak-banyak. Sekarang ni Encik Tunang pun dah mula cuba vitamin ni kalau sesuai vitamin ni dengan Encik Tunang maknanya encik Tunang kena selalu pakai tak boleh lupa-lupa atau malas ye....saya plan nak order lebih sikit dari tu mungkin 200 biji mungkin 300 biji hehe kerana kami nak jadi pengguna tetap vitamin ni....selain tu saya juga amalkan jamu untuk kecantikan dalaman wanita dan yang terbaru innershine ( yang Maya Karin punya hehe) jangan lupa minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas ye Eyu hehe..... (peringatan untuk diri sendiri)



Inilah vitamin E yang saya pakai.....








Dan ini hasilnya hehe....






Ok tata.....

Sunday, April 15, 2012

~ Kontra nya Kami ~

Kontra pasangan kekasih tak bermakna mereka tidak boleh bercinta. Okey saya akui saya dan En Tunang banyak kontra nya. Contoh :

1. Encik Tunang suka parking kereta dengan posisi depan manakala saya suka parking kereta dengan posisi belakang. Walaupun berbeza itu melengkapkan kami sebagai pasangan kekasih.



2. Encik Tunang suka makan ala melayu manakala saya suka makan fastfood. Walaupun berbeza itu melengkapkan kami sebagai pasangan kekasih. Kadang-kadang saya ikut kehendak Encik Tunang dan kadang-kadang Encik Tunang ikut kehendak saya jadi saya dapat rasa apa yang Encik Tunang makan dan Encik Tunang pun dapat rasa apa yang saya makan.




3. Dalam pemilihan barang-barang Encik Tunang tidak cerewat apa yang Encik Tunang berkenan Encik Tunang akan beli tetapi saya agak cerewet. Saya akan pastikan barang yang hendak dibeli berkualiti dan tahan lama. Walaupun berbeza itu melengkapkan kami sebagai pasangan kekasih.



4. Saya suka ambil berbagai-bagai supplement untuk kesihatan diri tetapi Encik tunang suka fokus pada sesuatu supplement sahaja untuk kesihatan diri. Walaupun berbeza itu melengkapkan kami sebagai pasangan bercinta.



5. Saya suka bercakap...pelbagai topik akan saya bincang tetapi Encik Tunang akan bercakap hal penting sahaja. Tetiba teringat kata-kata Zack Zukhairi dalam facebooknya


“ kalau lelaki senyap, bukan bermakna dia tak dengar. dia dengar. in fact dia dengar the whole thing. just dia memilih apa yang penting je untuk diberi perhatian. yang remeh-remeh tu dia acuh tak berapa nak acuh je. tapi yang remeh pada lelaki, tak remeh di mata pempuan. pada pempuan, topik 'kucing mati' pun bukan benda remeh.”

Walaupun perwatakan kami berbeza itu yang melengkapkan kami sebagai pasangan kekasih



6. Encik tunang suka dengar Sinar.fm manakala saya suka dengar Hitz.fm....walaupun berbeza itu yang melengkapkan kami sebagai pasangan kekasih...



7. Encik tunang suka komen post kawan-kawan perempuan tetapi saya tidak suka komen post kawan-kawan lelaki...hehehe okey yang ni lawak je... jangan marah ye Encik Tunang...saja bergurau petang-petang ni


Okey jumpa lagi Tata......



p/s untuk Encik Tunang : Terima Kasih sebab sayang dan bersabar dengan perangai eyu....












Friday, March 30, 2012

Lirik Angkasa - Diandra Arjunaidi

Jika ku tuliskan
sepucuk surat cinta oh bagimu
mungkinkah ia mampu
mengubah fikiranmu
tentang diriku yang sayang
menanti ketibanya hari

ke angkasa
dan kembali
ku tetap berada disisi
cinta kita bagaikan fantasi
kau lah yang ku miliki
kau lah yang ku mencari
selama-lamanya

walaupun kita dua insan
yang tak pernah memahami
diri kita yang berlainan alam
tapi takdir kita bertemu
dan ku tak akan lepaskan
perasaan ini

dan sayang mungkin kita
tak harus kekal begini
dan sayang kita harus
menempuhi realiti
realiti..realiti..





p/s : ~Lagu ni khas tuk En Tunang...i luv u...~lalala

Monday, March 5, 2012

Siapa Tunang Saya????

5hb Mac 2012 genap sebulan saya menjadi tunang kepada seseorang. Seseorang yang bertahta dihati saya... rasanya tak perlu saya sebut siapa nama En Tunang walaupun pada saat ini dan ketika ini ia menjadi tanda tanya dikalangan rakan-rakan saya apabila satu gambar pertunangan tersebar di wall FB saya bersama seorang lelaki lengkap berbaju melayu pada hari pertunangan saya ( 5hb Feb 2012) dan yang paling mengejutkan rakan-rakan saya ialah lelaki dalam gambar tersebut bukanlah BF saya. Inbox FB dan juga HP saya tak henti-henti dengan mesej daripada rakan-rakan yang bertanya siapakah En Tunang sebenarnya. Antara mesej rakan saya


1. Saya terkejut sangat bila kawan-kawan kita kata awak tunang dengan orang lain...terkejut giler tak leh nak cakap tapi jodoh kan ketentuan Allah s.w.t

2. Tunang eyu orang mana? Orang Kelantan juga ke?

3. Eyu awak tunang dengan siapa?

4. Eyu bila big day? Pape pun tahniahhhhh

5. Bila berkenalan? Sangat sepadan hehe



Dan yang lain-lain ramai ucap tahniah .... :)



Ada soalan yang ditanya rakan-rakan sempat saya balas yang mana saya tak balas tu saya minta maaf sangat bukan tak nak balas tapi saya agak sibuk sikit mengurus hal keluarga. Siapa En Tunang sama-sama la kita tunggu ye majlis nanti saya akan kenalkan siapa En Hubby saya hehe apa-apa pun terima kasih untuk rakan-rakan saya di Universiti, Sekolah dan bekas rakan sekerja yang mana memberi ucapan tahniah kepada saya dan En Tunang. Nanti saya akan edarkan ‘ kad wangi ‘ ye hehe...ok tata..

Wednesday, February 29, 2012

Di Dalam Sepi Itu...

Suasana petang di rumah saya agak sunyi memandangkan adik-adik saya berada di bilik masing-masing termasuk la saya. Lagu nyanyian Arwah Dato Sudirman Haji Arshad bertajuk “Di Dalam Sepi Itu” bermain di mp3 saya...sejak akhir-akhir ni lagu ni kerap saya putar entah la rasa macam tak puas je dengar even banyak kali duk putar sampai adik perempuan saya tanya “ ni duk putar lagu sedih ni putus cinta dengan sape lak tak sangka la org PHD ni ada juga jiwang” tapi saya buat bodoh je malas nak layan...dia tau ape even saya ni budak PHD tapi saya manusia biasa macam orang lain juga ada hati dan perasaan gembira, sedih, kecewa tapi mungkin adik saya tak tau dia ingat semua orang lulusan tinggi ni serius dengan kata lain tak jiwang la kot...


Ok sebenarnya saya ni peminat Dato Sudirman...semua lagu arwah saya suka tak kisah la lagu sedih ke lagu gembira ke saya memang minat tapi banyak lagu sedih la macam “merisik khabar” “terasing” “jauh disudut hati “ “pelangi petang” “hujan” dan lain-lain kalau nak saya senaraikan memang banyak la...semua lagu arwah best-best...


Sebenarnya lagu-lagu ni tak ada kena mengena pun dengan hidup saya atau kisah cinta saya Cuma saya suka dengar je...isshhh ...betul ke tak ada kena mengena ni Eyu hehe...WAT EVER....ok la saya nak terus layan lagu-lagu Dato Sudirman...see u again...

Sunday, February 26, 2012

~4 F~

Ok agak lama saya tak update kerana sepanjang sebulan ni saya agak sibuk sikit. Bermula hari Jumaat ( 24 Feb 2012) saya mula ada masa lapang walaupun tidak selapang mana...ok sejak saya selesai berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah ( 18 Jan – 23 Feb) HP dan inbox FB saya tak putus-putus terima panggilan dan juga mesej daripada pelajar-pelajar saya. Mereka mula bertanya khabar walaupun baru 2 hari berpisah.

Saya akui saya juga rindukan mereka cuma saya tidak tonjol kepada mereka. Semasa hari terakhir saya di sekolah, pelajar-pelajar berpusu-pusu datang memberi hadiah dan kad sehingga saya terpaksa memberi arahan sambil senyum dan buat muka cute

“ ok guys teacher just ada 2 tangan je tak boleh nak pegang semua hadiah ni so teacher harap anak-anak teacher semua boleh letak hadiah or kad dekat bilik guru nanti tanya mana-mana cikgu di mana meja teacher ye sebab lepas ni teacher ada kelas “

Semua pelajar saya angguk faham. Fuhhhhh.... lega ni baru satu kelas belum lagi kelas lain. Pendek kata hari tu memang banyak la saya dapat hadiah dan kad sampaikan tak cukup 2 tangan ni nak angkut.
Tapi tak tahan ada juga beberapa orang pelajar saya menangis sehingga saya terpaksa pujuk. Saya akui memang saya rapat dengan pelajar-pelajar saya tambahan lagi saya merupakan guru kelas mereka. Tugas guru kelas ni banyak dan juga besar tanggungjawabnya....

ok setiap pagi tepat pukul 7.30 saya akan gotong-royong dengan pelajar-pelajar kelas saya bersihkan kelas. Kalau ada sampah even kecil saya mula membebel ‘pok pek pok pek’. Lepas tu ambil kedatangan. Kalau ada pelajar tak datang lebih 2 hari saya pun tepon la mak atau ayah diaorang tanya kenapa tak datang. Lepas tu tiap-tiap hari ada je pelajar sakit perut la pening la nak muntah la jadi semua tu saya kena handle dengan baik . Atas meja saya, tersedia macam-macam jenis ubat khas untuk siapa-siapa yang sakit.

Ni belum masuk bab puji memuji lagi. Tiap-tiap hari diaorang selalu je puji saya. Walaupun kadang-kadang saya lupa nak pakai bedak tetapi diaorang tetap puji jugak. Saya masih ingat time tu baru 3 hari saya mengajar dekat sekolah tu....



Pelajar A : teacher cantik la...
Saya : Yeke? Tapi Siti Nurhaliza lagi cantik...( saja saya cakap macam tu)
Pelajar A : Ala Siti Nurhaliza cantik sebab mekap tapi teacher tak mekap pun cantik...




Petang tu lepas balik dari sekolah saya tercegat depan cermin belek-belek muka cuba mencari kesahihan kata-kata pelajar saya itu walaupun saya tidak nampak kesahihan itu selepas berjam-jam depan cermin...




Kalau nak cerita memang banyak la sampai esok pun tak habis kalau bab puji memuji. Diaorang ni pandai je ambil hati saya tetapi mama saya pernah kata budak-budak tak pandai menipu ape yang diaorang bagitau ikhlas daripada hati...Owh ye ek.....oklah saya stop kat sini je jumpa lagi tata...

Friday, January 27, 2012

~Sibuk Sibuk dan Sibuk~

Huh... saya penat sikit hari ni sebab banyak benda nak kena buat. Tadi setelah cuba beberapa pasang baju akhirnya saya dah decide baju mana nak pakai. Lagipun baju tu pilihan mama saya dan saya sendiri pun tak pernah terfikir nak pakai baju kaler tu tetapi memandangkan mama saya kata cantik jadi saya pun setuju.... Mulai hari ini saya kena betul-betul mengamalkan diet seimbang sebab takut nanti baju saya tak muat. Tadi pun saya ada ke kedai tudung untuk pilih warna tudung yang sesuai dengan baju saya tapi setakat ni tak jumpa lagi yang mana betul-betul sesuai. Maybe kena pergi beberapa kedai lagi kot hehe...

Saya pun dah booking tempat penginapan tadi...maybe esok nak pergi kedai kain nak tengok-tengok kain yang sesuai. Minggu ni dan minggu depan saya betul-betul sibuk...saya harap segalanya berjalan dengan lancar...InsyaALLAH...