Thursday, December 13, 2012

Tentang saya Part 2

Suatu hari saya dikejutkan dengan berita pertukaran sekolah oleh mama saya. Mama tak nak saya dan adik saya bersekolah dekat kawasan rumah saya tapi nak saya bersekolah di kawasan Kota Bharu sebab mama kata dekat sikit dengan pejabat arwah papa senang arwah papa nak ambil. Jika sebelum ni saya akan naik van ke sekolah tapi kali ni mama atau arwah papa yang akan hantar dan ambil saya dan adik saya. Waktu tu sedih sangat nak pindah sebab kena tinggalkan kawan-kawan dalam kelas, kawan-kawan kelas sebelah lagi sedih bila nak tinggal boyfriend...yela kapel dari darjah 2 tup tup darjah 4 kena pindah sekolah siapa tak sedih...saya hanya inform dekat kawan-kawan kelas yang saya nak pindah tapi dekat boyfriend tak bagitau...time nak lepas jawatan penolong kelas sedih sangat lebih sedih daripada nak tinggal kawan-kawan padahal jawatan kecil je tu...hari last sekolah dekat sekolah lama ramai kawan-kawan datang jumpa siap pesan jangan lupa diaorang...waktu saya pun berjanji la tak lupakan mereka...sejak itu lenyap la nama Fairooz Johan dekat sekolah lama...episod baru pun bermula...hari pertama daftar saya rasa sangat bdebar-debar yela sekolah baru saya betul-betu dekat tengah Bandar...dekat dengan hospital, perpustakaan awam lagi best dekat dengan shopping mall. Budak-budak dekat sekolah ni memang maju la baru sekolah rendah tapi time dating keluar pergi A&W tak pun KFC berbanding sekolah lama kalau kami yang kapel-kapel ni dating dekat taman sains tak pun library sekolah kira berilmu la even time dating mungkin waktu tu kita boleh tanya boyfriend kita pokok ape dekat taman sains kan...tapi awal-awal dekat sekolah baru saya tak terlibat dating-dating ni kan budak baru tunjuk sopan sikit....lagipun saya duduk kelas pertama jadi kami dalam kelas ni asyik belajar je...dua tiga bulan dekat sekolah ni kira ok la saya masih boleh beri tumpuan...tapi budak kelas ni terlalu pandai nak berbanding dengan saya atau saya tak ada semangat sebab sekolah baru lagi pun budak lelaki kelas saya tak berapa nak hensem jadi semangat tu pun kurang la berbanding sekolah lama kan...saya tamat darjah 4 dengan result yang sedikit teruk jadi terpaksa turun kelas masa darjah 5...segalanya bermula disini...akibat malu turun kelas saya pun berusaha... masa dalam cuti saya ikuti tuition berbayar jadi time tu amat la sibuk sehingga la cuti sekolah berakhir. Sesi persekolahan bermula, malu pun ada tapi tak ada siapa perasan kehadiran saya dalam kelas tu sebab mungkin dalam tempoh 6 bulan yang lalu saya terlalu low profile jadi tiada siapa kenal saya. Untuk mendapat kawan baru dalam kelas baru tidak sukar bagi saya sebab saya memang peramah. Group kami ada 4 orang dan ketua group kami ermmmm saya namakan A jela...dia anak orang berpangkat bukan pangkat kecil tapi besau bak kata orang Melaka. Ayah dia orang no 2 penting dalam jabatan kerajaan ...tak perlu la saya bagitau jabatan apa ek...adik beradik pula 3 orang je...saya tak tahu macam mana saya boleh join group ni kira kami group yang suka pada mekap, fesyen, artis Hollywood. Nama saya mula melonjak sejak awal saya join group ni...tapi pelajaran saya tak lupa...awal-awal exam saya dapat no 4 leader kami dapat no 2 lepas tu 2 orang lagi kawan kami dapat no 5 dan 6 kira ok la kan....saya mula seronok join group tu...kami suka buli orang bukan buli mintak duit ye tapi buli cara lain...kami pun akan bercerita tentang artis,jenama kasut atau baju,berapa ribu family kami akan habiskan time shopping kira macam cerita omputih la katakana macam tu la group kami....time tu tak ingat dah dekat kawan-kawan sekolah lama... janji tinggal janji... Bersambung......

No comments:

Post a Comment