Wednesday, December 12, 2012
Tentang saya Part 1
Kehidupan saya semasa kecil sama seperti orang lain bermain dengan kawan-kawan, keluar shopping dengan keluarga cuma semasa kecil saya jarang dapat makan dengan mama dan arwah papa sebab mereka sangat sibuk dengan kerja. Memandangkan mama saya merupakan Pengarah Urusan di syarikat keluarga kami iaitu CT MESRA TRAVEL& TOURS manakala arwah papa pula merupakan anggota polis jadi sibuknya semakin menjadi-jadi. Saya akui keluarga saya tiada masalah wang..apa saja yang saya mintak keluarga saya akan tunaikan. Begitu juga dengan kasih sayang...mama dan arwah papa tak pernah abaikan kami sibuk macam mana pun mereka berusaha mencari masa untuk luang bersama anak-anak mereka. Arwah nenek juga tinggal bersama kami iaitu mak mama. Keluarga kami sangat bahagia. Semasa kecil saya suka melawakan diri (errrr betul ke tatabahasa saya kalau tak betul pun anggap la betul ye...) maksudnya suka pakai cantuk-cantik, suka mekap, suka Barbie...setiap collection barbies saya ada tapi mama bagi syarat kena dapat nombor tak lebih dari no 10. Dalam family saya abang saya la paling pandai. Dari darjah 1 sampai la darjah 6 selalu dapat no 1 dalam kelas jadi kami pun menumpang tuahnya. Mama dan arwah papa akan bawa kami keluarga makan, pergi beli buku, beli baju time tu la saya mengambil kesempatatan untuk menambah collection barbies saya. Di sekolah adik-beradik saya agak femes la sebab hampir semua cikgu akan sewa kerete dengan mama saya. Selain buka agensi pelancongan mama saya juga menjalankan perniagaan sewa kereta pandu sendiri. Sebut je nama JOHAN semua pelajar kenal kami. Saya lebih suka membawa nama arwah papa saya berbanding nama saya...contoh bila kawan tanya nama saya, saya akan bagitau “nama saya johan...fairooz johan” stail omputih katakan ahakz....apabila tiba majlis perpisahan akhir tahun saya akan sponsor kek i mean my mum yang akan sponsor kek untuk kelas saya...agak besar dan cantik. Waktu tu bangga sangat dapat bawa kek dekat sekolah berbanding orang lain bawa kacang, kuih dan lain-lain...dalam berkawan saya agak bersederhana...saya berkawan dengan semua orang tak kisah kaya ke miskin ke...waktu tu saya sangat gembira ada kawan-kawan ada boyfriend...tetapi semuanya mula berubah bila saya pindah ke sekolah lain...apabila bertemu kawan-kawan baru...
Bersambung.........................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment