Sunday, June 24, 2012

C.I.N.T.A

CINTA perkataan yang sering saya ungkap untuk incik husband dan ia lahir dari hati saya yang ikhlas dimana saya menggambarkan perasaan sayang saya pada incik husband....baru saya tahu indahnya cinta selepas berkahwin barbanding sebelum kahwin sebab kita boleh tunjukkan rasa cinta dan sayang dalam pelbagai cara mungkin dari kata-kata atau mungkin dari perbuatan... Sambil menghirup neslo panas fikiran saya terlintas kepada incik husband...saya mula merindui incik husband padahal baru beberapa jam kami berjauhan... benarlah kata orang rindu kekasih tak sama dengan rindu suami. Sebelum incik husband hantar saya balik ke USM incik husband bawa saya ke Mydin sebab nak beli barang sikit untuk saya kemudian bagi duit belanja untuk saya.... Terima Kasih ye Sayang... Hari ni kami tak sempat tengok wayang dan incik husband janji nak tengok wayang dengan saya minggu depan...sebenarnya saya teringin nak tengok movie Abraham Lincoln Vampire Hunter sebab tengok dari komen surat khabar cerita ni best... OK kiranya minggu depan kami dating untuk tengok wayang hehe...owh ye incik husband jangan lupa baca jurnal untuk saya ye...ok la jumpa lagi tata

Wednesday, May 30, 2012

~Seminggu Sebelum Bergelar Isteri~

Lagi tinggal lebih kurang seminggu sebelum saya menjadi isteri orang kalau ditanya perasaan saya ketika ini macam-macam sehingga tak boleh digambarkan takut gembira tapi gementar je belum lagi. Hari-hari saya duduk borak-borak dengan lab mate saya tentang hal ini dan apa yang buat saya gembira semalam lab mate saya hadiahkan sebuah buku kepada saya sebagai persiapan menjadi isteri yang solehah...terima kasih ye sis... waktu tu saya tak boleh gambarkan perasaan saya sebab sebelum ni jarang kawan saya hadiahkan sesuatu yang ilmiah kepada saya. Saya juga telah berjanji nak beli handsock dengannya yela time pakai baju kurung senang sikit masa nak angkat tangan kan tak la nampak lengan saya yang tak berapa nak gebu ni hehe...kami bercerita tentang kecantikan termasuk vitamin E untuk kulit yang saya jual...saya siap bagi tips lagi cara pakai macamana jika mahu kulit muka cantik kalau ikutkan dulu pun saya ada masalah kulit muka juga tapi Alhamdulillah selepas pakai memang lain la...incik tunang pula selalu merajuk memandangkan saya agak sibuk sekarang yela banyak benda kena buat saya sebelum cuti selama 20 hari... kena analisis data, baca jurnal, baca buku , main FB (alamak kantoiiiii....) kadang-kadang mesej incik tunang tak sempat saya balas dan incik tunang pula risau takut jadi apa-apa dekat saya sekiranya saya tidak balas mesej. Sikap keprihatinan incik tunang buat saya semakin tertarik untuk mendampinginya sebagai isteri...banyak dugaan yang kami tempuhi bersama sama ada pahit atau manis kami tetap bersabar...mungkin ini last entry saya sebagai orang bujang dan apabila saya kembali dengan entry baru mungkin saya sudah bergelar isteri INSYAALLAH.... Ok la setakat ni saja entry saya kali ni kita jumpa lagi...sekiranya ada salah dan silap saya maafkanlah saya yang tidak sempurna ini dan doakan semoga majlis saya berjalan dengan lancar...ok tata
kad kahwin saya
hadiah daripada lab mate saya
vitamin E

Wednesday, May 9, 2012

who is he????

Semalam saya terima satu nota ringkas berbunyi..... I’d like to be everything you want Hey girl, let me talk to you If I was your boyfriend, never let you go Keep you on my arm girl you’d never be alone I can be a gentleman, anything you want If I was your boyfriend, I’d never let you go, I’d never let you go So give me a chance, You could be my girlfriend until the – world ends # 1. Tidak perasankah anda jari saya ada cincin 2. Saya peminat lagu english dan saya tau ini lirik lagu hehe.. (mungkin anda perlu perlukan lirik lagu untuk luahkan hehe) 3. Kenapa hanya tinggalkan note tu atas meja kenapa tidak serahkan sendiri kepada saya... 4. Ye sejujurnya saya memang minat lagu ni.... p/s: jangan baling batu dan sembunyi...kalau berani tonjolkan diri anda...

Tuesday, May 8, 2012

Kisah Silam...

Dalam menghitung hari saat menunggu hari bahagia bermacam-macam perkara timbul menyebabkan sedikit sebanyak saya terluka walaupun luaran saya sehabis daya menahan...mengapa benda lama perlu kembali dalam hidup saya disaat saya bahagia menjalani kehidupan baru hari ini...mengapa perlu mengganggu hidup saya tidak puaskah anda menghancurkan hati saya dulu? Berapa lama untuk saya bangun dan pulih kembali seperti hari ini...ye dalam beberapa tahun ni saya memang banyak berubah. Saya berubah kerana masa...saya cuba untuk melupakan hal-hal remeh kerana saya sudah tidak seperti dulu. Saya ingin menjalani kehidupan seperti orang lain dan lupakan kisah silam...banyak lagi perkara yang perlu saya fikir selain daripada anda....

Tuesday, April 17, 2012

Saya Dan Vitamin

Perempuan dan vitamin atau jamu tidak dapat dipisahkan kalau berpisah tak tau la saya nak cakap apa tapi kadang-kadang perempuan ni, dorang suka vitamin secara semulajadi contohnya makan buah banyak-banyak...okey macam saya yang agak malas + sibuk saya suka dapatkan vitamin daripada produk-produk kecantikan contohnya yang terbaru saya menggunakan vitamin E collagen untuk kulit muka. Jadi tiap-tiap malam sebelum tidur saya akan sapu vitamin tu dekat muka. Vitamin ni ibarat macam serum maknanya kena urut perlahan-lahan. Mulanya saya tak berapa nak percaya sangat dengan produk yang digunakan secara luaran berbanding dalaman ( dalaman bermaksud telan vitamin tak tak main sapu-sapu ni....) tetapi memandangkan kawan duduk promote jadi nak jaga hati saya order la 10 biji rm19 saja nak test betul ke ape yang dia bagitau. Hari pertama pakai memang dah nampak lain kulit muka jadi lembut dan ceria nampak seperti usia 19 tahun Ahaks... ( gelak gedik) okey yang 19 tahun tu saya gurau je tapi yang pasti memang best pakai vitamin ni...kali kedua saya order 20 biji untuk 20 malam lepas tu saya order lagi kali ni saya order lebih sikit iaitu 100 biji...sebab vitamin ni susah nak dapat so kena order banyak-banyak. Sekarang ni Encik Tunang pun dah mula cuba vitamin ni kalau sesuai vitamin ni dengan Encik Tunang maknanya encik Tunang kena selalu pakai tak boleh lupa-lupa atau malas ye....saya plan nak order lebih sikit dari tu mungkin 200 biji mungkin 300 biji hehe kerana kami nak jadi pengguna tetap vitamin ni....selain tu saya juga amalkan jamu untuk kecantikan dalaman wanita dan yang terbaru innershine ( yang Maya Karin punya hehe) jangan lupa minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas ye Eyu hehe..... (peringatan untuk diri sendiri)



Inilah vitamin E yang saya pakai.....








Dan ini hasilnya hehe....






Ok tata.....

Sunday, April 15, 2012

~ Kontra nya Kami ~

Kontra pasangan kekasih tak bermakna mereka tidak boleh bercinta. Okey saya akui saya dan En Tunang banyak kontra nya. Contoh :

1. Encik Tunang suka parking kereta dengan posisi depan manakala saya suka parking kereta dengan posisi belakang. Walaupun berbeza itu melengkapkan kami sebagai pasangan kekasih.



2. Encik Tunang suka makan ala melayu manakala saya suka makan fastfood. Walaupun berbeza itu melengkapkan kami sebagai pasangan kekasih. Kadang-kadang saya ikut kehendak Encik Tunang dan kadang-kadang Encik Tunang ikut kehendak saya jadi saya dapat rasa apa yang Encik Tunang makan dan Encik Tunang pun dapat rasa apa yang saya makan.




3. Dalam pemilihan barang-barang Encik Tunang tidak cerewat apa yang Encik Tunang berkenan Encik Tunang akan beli tetapi saya agak cerewet. Saya akan pastikan barang yang hendak dibeli berkualiti dan tahan lama. Walaupun berbeza itu melengkapkan kami sebagai pasangan kekasih.



4. Saya suka ambil berbagai-bagai supplement untuk kesihatan diri tetapi Encik tunang suka fokus pada sesuatu supplement sahaja untuk kesihatan diri. Walaupun berbeza itu melengkapkan kami sebagai pasangan bercinta.



5. Saya suka bercakap...pelbagai topik akan saya bincang tetapi Encik Tunang akan bercakap hal penting sahaja. Tetiba teringat kata-kata Zack Zukhairi dalam facebooknya


“ kalau lelaki senyap, bukan bermakna dia tak dengar. dia dengar. in fact dia dengar the whole thing. just dia memilih apa yang penting je untuk diberi perhatian. yang remeh-remeh tu dia acuh tak berapa nak acuh je. tapi yang remeh pada lelaki, tak remeh di mata pempuan. pada pempuan, topik 'kucing mati' pun bukan benda remeh.”

Walaupun perwatakan kami berbeza itu yang melengkapkan kami sebagai pasangan kekasih



6. Encik tunang suka dengar Sinar.fm manakala saya suka dengar Hitz.fm....walaupun berbeza itu yang melengkapkan kami sebagai pasangan kekasih...



7. Encik tunang suka komen post kawan-kawan perempuan tetapi saya tidak suka komen post kawan-kawan lelaki...hehehe okey yang ni lawak je... jangan marah ye Encik Tunang...saja bergurau petang-petang ni


Okey jumpa lagi Tata......



p/s untuk Encik Tunang : Terima Kasih sebab sayang dan bersabar dengan perangai eyu....












Friday, March 30, 2012

Lirik Angkasa - Diandra Arjunaidi

Jika ku tuliskan
sepucuk surat cinta oh bagimu
mungkinkah ia mampu
mengubah fikiranmu
tentang diriku yang sayang
menanti ketibanya hari

ke angkasa
dan kembali
ku tetap berada disisi
cinta kita bagaikan fantasi
kau lah yang ku miliki
kau lah yang ku mencari
selama-lamanya

walaupun kita dua insan
yang tak pernah memahami
diri kita yang berlainan alam
tapi takdir kita bertemu
dan ku tak akan lepaskan
perasaan ini

dan sayang mungkin kita
tak harus kekal begini
dan sayang kita harus
menempuhi realiti
realiti..realiti..





p/s : ~Lagu ni khas tuk En Tunang...i luv u...~lalala