Orang kata usia sebegini kita seharusnya kalut fikir hal kahwin tapi hakikatnya hanya mulut saya saja kata nak kahwin tetapi hati saya masih berbelah bagi. Perlu ke ada perasaan begitu?? Atau saya pernah terluka kerana suatu ketika dulu saya pernah menaruh harapan yang terlalu tinggi dalam perhubungan? ( tinggi dari Gunung Kinabalu...). mungkin kekecewaan lalu membuatkan saya perlu fikir semasak-masaknya sebelum mengakhiri zaman bujang saya. Ramai diantara kawan-kawan mama, kawan-kawan abang saya mahupun kawan-kawan saya sendiri berkata orang seperti saya tidak perlu mengakhiri zaman bujang terlalu cepat. Ada diantara mereka mengganggap saya mempunyai pakej yang lengkap sebagai seorang wanita. Saya masih ingat ada anak kawan mama begitu menggagumi saya sehingga menggelarkan saya Beauty with Brain’. Apa-apa pun saya mengucap terima kasih dan saya juga bersyukur dengan apa saya miliki. Apa yang saya ada sekarang tidak pernah buat saya bongkak atau sombong....tetapi saya ingin bertanya adakah suami saya akan menggagumi saya seperti mereka diatas. Bersyukurkah dia memiliki saya atau dia sekadar ingin berkahwin dengan saya semata-mata ada sebab tertentu yang saya sendiri tidak tahu.
Saya seorang yang ikhlas dalam menjalinkan hubungan dengan seseorang tetapi saya juga perlu tahu keikhlasan seseorang itu menjalinkan hubungan dengan saya. Bukan saya takut cuma saya ingin berwaspada kerana saya tidak mahu cerita-cerita didalam akhbar terjadi kepada saya. Bukan saya ingin melawan takdir tetapi kalau kita boleh mengelak sebaiknya kita mengelak sekiranya kita tahu ada antara mereka tidak ikhlas. Saya kena pastikan dia mengambil berat tentang saya dan bersedia menjalankan tanggungjawab seperti mana keluarga saya mengambil berat dan bertanggungjawab keatas saya. Sebelum berkahwin saya mesti bagitau apa yang saya fikir dia perlu tahu. Begitu cerewetkah saya??? Ya dan sememangnya Ya dan jawapannya sentiasa Ya.... Saya sememangnya cerewet dalam menentukan hal kehidupan saya. Saya fikir lebih baik saya berterus terang sekarang supaya ia tidak menjadi kudis apabila berkahwin nanti. Jika rasa saya bukan pasangan yang sesuai carilah perempuan lain yang rasa sesuai kerana saya fikir setiap orang berhak menentukan siapa pasangan mereka sendiri. Saya tahu semua orang tidak sempurna tetapi kita boleh berubah...perubahan perlu ada dalam diri kita jika kita ingin berjaya.
Apa-apa pun saya berharap kawan-kawan mendoakan kebaikan buat saya agar saya dapat menempuhi alam perkahwinan yang bakal saya tempuhi akan datang coretan ini hanya luahan hati saya yang saya tidak tuju kepada sesiapa....jumpa lagi....
No comments:
Post a Comment