Wednesday, May 11, 2011

Mop Lantai

Sudah menjadi rutin harian saya selepas solat subuh saya akan online untuk baca Metro. Lagipun memang sudah 2 tahun saya tidak amal tidur selepas subuh. Jadi hari ni selepas baca Metro saya bercadang nak mandi, sarapan dan terus sambung taip thesis, tapi niat tu terbantut kerana jiran saya ( mak arab) tengah mandi. Saya agak hairan campur terkejut kerana dalam minggu ni boleh dikatakan setiap pagi dia akan mandi. Mungkin anda hairan kenapa saya menggunakan perkataan 'boleh dikatakan setiap pagi' Adakah dia tidak mandi sebelum ini???? Bukan tak mandi tapi sebelum ni nak tengok dia mandi seminggu sekali pun susah tau, bau badan dia tak payah la saya cerita kerana saya rasa anda boleh agak kan...tapi point utama saya bukan nak cerita pasal mak arab tu.

Berbalik kisah saya tadi, selepas tengok mak arab ada dalam toilet, saya membatalkan hasrat saya untuk mandi dan terus masuk bilik. Tiba-tiba saya terfikir alang-alang tunggu dia mandi baik saya kemas bilik. Perkara pertama apabila kemas bilik saya akan pastikan cecair Dettol ada. Ini kerana saya mop lantai pakai cecair ni...memang bagus pakai Dettol kalau nak mop lantai. Petua ni saya dapat daripada ex-rumate saya dulu. Dia orang arab juga tapi berbeza dengan jiran saya. Dia memang cukup jaga kebersihan maklumlah budak farmasi. Terima kasih ye kerana berkongi petua ni dengan saya...

Selepas pastikan cecair Dettol ada, saya pun mulalah kemas bilik, kemas meja, susun buku-buku, sapu meja, sapu lantai, sapu karpet dan lain-lain lagi. Kemudian, bermula la bahagian mop lantai pulak selepas bab sapu-menyapu berakhir. Saya bukan mop lantai je pakai Dettol tapi meja tulis saya pun saya lap pakai Dettol juga. Dari tadi saya tak perasan yang rumate saya ( bukan mak arab ye tapi orang Malaysia) sedang perhatikan saya. "eyu memang kerap mop lantai ek" rumate saya bersuara selepas diam dari tadi. Saya hanya angguk dan senyum. Bukan nak kata saya bersih tapi bagi saya kebersihan tu mesti dijaga. Memang itu yang selalu mama ada arwah nenek saya pesan.

Selepas mop lantai saya terus mandi dan sarapan. Ahhhhh leganya duduk dalam keadaan segar, bersih dan selesa. Rumate saya bagitau nasib baik dia dapat rumate macam saya..."semester depan tak tau la siapa rumate akak harap-harap dia macam eyu juga" kata rumate saya sebelum pergi Lab.



Friday, May 6, 2011

I LOVE U, PAPA

Saya hanya insan biasa yang punya hati dan perasaan. Kadang-kadang gembira kadang-kadang berduka. Setiap ape yang saya rasa saya lebih suka pendam tambahan lagi kalau sesuatu yang sedih. Biarlah saya pendam rasa asal orang lain gembira (cece baik punya). Saat yang paling gentir yang pernah saya alami ialah kehilangan papa dan nenek saya. Walaupun tarikh Father's day bulan depan ( 19 June ) tapi saya ingin berkongsi cerita tentang arwah papa.

Walaupun dah lebih 2 tahun arwah papa pergi tapi kenangan dengan papa tak saya lupa. Papa amat memahami saya dan sangat sabar dengan kerenah saya. Saya masih ingat ketika saya mendapat tawaran sebagai guru, arwah papa adalah orang yang gembira. Waktu tu saya menangis bukan kerana gembira tetapi sedih kerana saya tak pernah mimpi nak jadi seorang pendidik. Selepas hari pertama lapor diri saya merungut dekat arwah papa, Saya bagitau kaki saya sakit dan saya tak tahan kalau berdiri lama-lama. Arwah papa pujuk saya dengan memberi wang supaya saya beli kasut baru waktu tu arwah papa bagi lebih kurang rm500 untuk beli kasut dan handbag baru. Selepas balik kerja tiap-tiap hari saya merungut dekat arwah papa ketika dalam kereta 'penat la' 'tak larat' 'hari-hari kena menjerit dalam kelas dan tension' tapi arwah papa suruh saya bersabar. Tapi tugas sebagai guru tak pernah saya abai kerana papa sentiasa ingatkan saya itu amanah so kita kena jalankan tugas kita sebaiknya. lebih kurang sebulan sebelum arwah papa meninggal, saya ada keluar dengan arwah papa beli kasut baru. Masa dalam kedai saya tunjuk kat papa "cantik tak papa" arwah papa jawab "cantik make sure kasut tu tak sakit kaki" saya senyum. Selepas tu, kami makan di restoran Wida. Itu antara detik-detik terakhir saya dengan arwah papa.


Papa, terima kasih kerana menjadi seorang ayah yang terbaik untuk eyu,abang dan adik-adik. Dan terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan perangai eyu. Nasihat papa akan sentiasa eyu ingat.



AL-FATIHAH buat JOHAN BIN ABU HASSAN


Sunday, April 10, 2011

Lirik Kesukaan Saya

Ni adalah salah satu lagu kesukaan saya suatu ketika dulu...rasanya time tu umur saya 12 tahun or 13 tahun macam tu la kot...


Lukaku Kerananya

Deruan Angin Menyejukkan
Di Perjalanan Kampung Halaman...
Harum Dan Segar Kehijauan Yang Kian Lama Ku Tinggalkan

Tanpa Sengaja Ku Lewati Tempat Yang Pernah Membawa Erti
Kisah Cinta Pertama Kali Mengundang Di Hati

Aku Cinta Padamu Hanya Itu Yang Aku Tahu
Namun Engkau Tidak Dapat Menilainya

Kau Anggap Cinta Remaja Tanpa Jiwa

Dan Tanpa Rasa Di Tasik Biru Yang Setia
Ku Padamkan Cinta Membara....

Biarkan Jadi Kenangan Kisah Silam Tanpa Pandangan
Dari Terus Menghimpit Hati Lukaku Kerananya

Memang Dulu Ku Impikan Kau Datang Kembali Merisik Jiwa
Semoga Cinta Bersemi Selama - Lamanya

Tiba - Tiba Terasa Dinginnya Desiran Cinta Semalam
Beradapku Pendamkan....
Rindu Mengetuk Rahsia Di Dada....

Biarkan Jadi Kenangan Kisah Silam Tanpa Pandangan
Dari Terus Menghimpit Hati Lukaku Kerananya

Saturday, April 9, 2011

CINTA MONYET

Haiiiii hari ni saya kembali dengan title cinta monyet. Saya rasa hampir kesemua orang ada cinta monyet termasuk la saya. ini adalah beberape cinta monyet saya....


Darjah 2 - darjah 4 (1994-1996)

Saya mula kenal cinta masa umur 8 tahun. Terlalu awal kan???? kalau esok-esok anak saya bercinta seawal umur 8 tahun tahu la saya nak buat ape...budak lelaki ni sebelah kelas saya dan saya kenal dia pun kerana kakak saya. Kakak saya ni suka cari jodoh untuk saya walaupun time tu saya muda lagi. Saya kenal dia semasa Maulidur Rasul. Dari hari tu kami mula rapat dan declare sebagai pasangan ( cewahhh kecil-kecil dah pandai bercinta ) hampir tiap-tiap hari jumpa kat taman sains selepas waktu sekolah. Dia boleh dikategorikan lelaki hensem...kulit putih, tinggi, segak dan yang penting bijak...Tapi cinta tu kekal hanya dua tahun (darjah 2 - darjah 4) kerana selepas tu saya pindah ke sekolah lain.


Darjah 5 (1997)

Cinta bermula kerana gosip tapi serius saya memang tak pernah suka dia tapi saya terima dia sebab kesian. Itu pun hanya untuk beberapa bulan je.... yela hari-hari angkat beg sekolah saya. Lepas tu bagi hadiah la telefon la sampai saya menyampah nak tak nak saya terima la dia.... Tahu tak kenapa saya tak suka dia???? kerana dia langsung tak de ciri-ciri lelaki idaman saya. Yang paling menakutkan keputusan exam. Kalau nak dibandingkan dengan saya memang jauh la...last-last dia kapel dengan kawan saya selepas saya reject dia selepas beberapa bulan kami kapel...

Darjah 6 (1998)

Seriusly saya memang suka dia tapi sebab saya perempuan saya pendam je perasaan ni. Tapi ape yang saya tahu, kawan baik dia ada bagitau saya, dia juga suka dekat saya cuma memandangkan time tu dia tak matang lagi so tak dela kami ni kapel...

Form 2 - Form 5 (2000-2003)

Cinta paling menyakitkan...saya tak mahu ingat. ~END~

Matrik (2004-sekarang)

Yang ni bukan cinta monyet ye yang ni cinta yang betul-betul...Perkenalan kami sangat indah kalau ingat balik saya rasa macam dalam cerita yang kita tengak kat tv...yela dari tak suka jadi kawan dan kemudian kapel. Time tu BF saya ni tak pandai sangat nak layan saya sebagai Gf dia. Maklumlah saya cinta pertama dia ( dia bagtau saya time mula-mula kapel dulu tapi hakikat sebenar saya tak tahu hehehe )Mungkin saya boleh berlagak cool kerana sudah melalui banyak kenangan pahit dan manis bersama lelaki.Tapi sepanjang hubungan kami tak selalunya indah kadang-kadang ada juga ombak pantai melanda tapi saya pernah berjanji untuk pertahankan cinta ni sebab dalam ramai lelaki yang pernah saya jumpa atau berkawan perasaan saya tak pernah sehebat ni. Honestly i love him so much. Hampir 7 tahun hubungan kami dan saya berdoa agar kami dapat akhiri hubungan ni dengan perkahwinan.....








ok jumpa lagi.....

Sunday, March 20, 2011

Kenali Diri Saya

Tengok tajuk macam saya ni artis pulak...siapa la saya ni untuk dikenali hehehe...tapi tak ape saya nak pembaca blog saya kenali saya dengan lebih dekat yang sememangnya kenal dekat tu kita dekatkan lagi ye hehehe....

MAKANAN KEGEMARAN

1. Tomyam ( saya boleh makan tomyam 365 hari setahun tanpa jemu )

2. Pecal Ayam ( ini menu baru tengahari saya sejak tahun lepas (2010) )

3. McD ( nyam-nyam terlalu gemar makan McD )

4. Aiskrim ( boleh habiskan satu tupperware terutama perisa coklat )

5. Coklat


MINUMAN KEGEMARAN

1. Air Putih

2. Jus Buah ( tak kisah buah ape pun )

3. Air Yogurt

4. Pepsi

5. Nescafe (tak suka sebenarnya tapi terpaksa minum sebelum masuk kelas elak ngantuk)


WARNA KEGEMARAN

1. PINK and PINK and PINK ( forever for PINK)

Tapi saya ada impian nak pakai dress warna putih dan letak bunga kat telinga masa nak honeymoon nanti hehe....


PELAKON KEGEMARAN

1. Brad Pitt

2. Johny Depp

3. Angelina Jolie


PENYANYI KEGEMARAN

1. Celine Dion

2. Dato Siti Nurhaliza


KERETA IDAMAN

Saya ada kereta idaman tapi biarlah rahsia ye setakat ni saya hanya pakai Myvi je...

CITA-CITA DULU KALA

1. Darjah 2: saya nak jadi Cikgu

alasan : boleh semak buku sebab suka dengan pen warna merah

2. Darjah 4 : saya nak jadi Doktor

alasan : boleh cucuk orang tapi hakikatnya saya takut darah

3. Alam sekolah menengah : saya nak jadi Jurutera Kimia

alasan : orang kata hebat kalau perempuan jadi jurutera ni...

SUBJEK KEGEMARAN

1. Matematik

2. Fizik

BESTFRIEND

1. Mama saya

JEJAKA IDAMAN

1. Tinggi

2. Tak nak yang kulit cerah

3. Bijak ( kalau boleh nak yang ada kaitan dengan kimia)

4. Penyayang

Dengan kata lain BF saya sekarang ada semua ciri-ciri di atas hehehe...





ok la sampai di sini dulu jumpa lagi...

Thursday, March 17, 2011

Penghujung Semester

Pejam celik pejam celik dah hampir penghujung semester rupanya. Ini bermaksud final exam akan tiba tidak lama lagi. Baru saya sedar hanya tinggal kurang dari 2 bulan saya akan berada di USM. Selepas ni masa untuk cari kerja tapi saya dan kawan-kawan ada rancang nak sambung PHD tahun ni...InsyaAllah kalau ada rezeki. Mungkin selepas final exam kami akan mohon PHD tambahan lagi, sekarang ni kerajaan ada buat tawaran untuk sesiapa yang berminat nak sambung PHD akan dapat tajaan kerajaan berserta syarat.


Jadi saya ada dua pilihan sama ada nak bekerja atau sambung belajar. Kalau ikutkan hati saya memang nak kerja tapi kalau ikut cita-cita saya, saya nak sambung belajar kerana cita-cita saya nak dapat title DR sebelum usia saya 30 tahun. Tapi kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. Sebelum buat keputusan kena fikir sebaik mungkin.

Disaat ni macam-macam saya fikir...yela semester dah nak habis tapi saya tak rasa teruja pun..tak macam Degree dulu. Masa time nak habis Degree saya punya la seronok, teruja dan macam-macam lagi. Yela masa tu dalam fikiran nak cari kerja. Saya sempat kerja selama setahun selepas habis Degree. Selepas tu saya sambung Master. Sebenarnya sepanjang saya sambung Master secara jujurnya banyak cabaran yang saya tempuhi untuk saya sampai ke peringkat ini. Ia tak la semudah yang saya fikir.

Kalau diikutkan kerja lagi seronok sebenarnya kerana setiap bulan dapat gaji. Saya pun tak payah fikir nak exam ke nak belajar ke. Tiap-tiap hari enjoy hehehehe....dalam post sebelum ni saya ada bagitau keseronokan bekerja kan? tapi dalam tak sedar sebenarnya saya dah sampai di penghujung semester. Kalau ikut jadual paper saya bermula 22hb April. Saya ada 3 paper semuanya. Doakan kejayaan saya okey...

ok la sampai di sini saja post saya untuk kali ni...kalau ada topik-topik best saya akan publish. Mungkin selepas ni saya nak publish post berkenaan makanan,minuman filem, artis, penyanyi kegemaran saya dan juga jejaka idaman saya....

Thursday, February 24, 2011

Betul ke saham lelaki berusia lebih tinggi berbanding lelaki muda???

Itu adalah persoalan dan juga pertanyaan yang saya publish di wall facebook saya hari ini. Adakah benar wanita muda hari ini lebih berminat dengan lelaki berusia berbanding lelaki muda. Maksud lelaki berusia di sini bukanlah jarak 5-8 tahun dari usia kita tetapi berbelas-belas tahun atau berpuluh-puluh tahun dari usia kita. Dengan kata lain suami kita layak dipanggil ayah.Kenapa ini berlaku?? Apa kelebihan lelaki berusia berbanding lelaki muda? Mungkin lelaki berusia yang menjadi pilihan wanita muda mempunyai ciri-ciri berikut

1. KAYA

Mungkin wanita tidak perlu kerja keras untuk dapatkan duit kerana suami sememangnya kaya apatah lagi kalau yang ada gelaran Dato,Tan Sri atau Dato Seri. Hanya perlu goyang kaki hari-hari boleh shopping sama ada di Malaysia atau di oversea.


2. ROMANTIK

Lelaki berusia lebih romantik. Apabila bercakap tak pernah tengking-tengking dan selalu manja-manja. Kehendak isteri selalu ikut.


3.KERJAYA MANTAP

Ok bagi yang tak kaya macam Dato, Tan Sri atau Dato Seri tetapi mempunyai kerjaya yang mantap contoh Senior Engineer dekat syarikat cari gali ke tetap menjadi pilihan wanita muda. Ini kerana pendapatan diaorang memang la banyak tak terkira tambahan
lagi kalau syarikat yang diaorang bekerja oversea punya, sebulan gaji dah boleh jadikan hantaran kahwin.


4. HADIAH MAHAL

Semasa kapel lagi lelaki berusia ni suka bagi hadiah mahal-mahal. Untung-untung dapat gelang atau cincin emas. Siapa tak nak kan??? Kalau kahwin tak tau la entah-enta handbag rm40k macam Dato K bagi hadiah kat Siti.


5. AWET MUDA

Apa ada pada angka? orang selalu cakap macam tu kan...Mungkin lelaki berusia ni ada yang awet muda sangat-sangat. Yelah usia dah 50 tahun tapi bila tengok paras rupa, kulit tegang dan bentuk badan macam lelaki lewat 20an alih-alih muka macam Brad Pitt siapa yang nak tolak. Tambahan lagi kalau dia kata 'i single lagi, entah la umur dah 50 tahun tapi tak ada jodoh lagi'





Mungkin ini adalah sebab utama kenapa wanita muda memilih lelaki berusia. Tetapi jaga-jaga baik anda siasat terlebih dahulu sekiranya pasangan anda bagitau yang dia masih single. Bukan apa saya takut anda tertipu je...dia kata single tapi dekat rumah dah ada 3 isteri. Kalau pasangan anda Dato, Tan Sri atau Dato Seri tak apa saya tak kisah kerana duit memang tinggi macam bukit tapi saya takut sebaliknya. Apa-apa pun renung-renung la ya.