Friday, January 27, 2012

~Sibuk Sibuk dan Sibuk~

Huh... saya penat sikit hari ni sebab banyak benda nak kena buat. Tadi setelah cuba beberapa pasang baju akhirnya saya dah decide baju mana nak pakai. Lagipun baju tu pilihan mama saya dan saya sendiri pun tak pernah terfikir nak pakai baju kaler tu tetapi memandangkan mama saya kata cantik jadi saya pun setuju.... Mulai hari ini saya kena betul-betul mengamalkan diet seimbang sebab takut nanti baju saya tak muat. Tadi pun saya ada ke kedai tudung untuk pilih warna tudung yang sesuai dengan baju saya tapi setakat ni tak jumpa lagi yang mana betul-betul sesuai. Maybe kena pergi beberapa kedai lagi kot hehe...

Saya pun dah booking tempat penginapan tadi...maybe esok nak pergi kedai kain nak tengok-tengok kain yang sesuai. Minggu ni dan minggu depan saya betul-betul sibuk...saya harap segalanya berjalan dengan lancar...InsyaALLAH...

~Sibuk Sibuk dan Sibuk~

Huh... saya penat sikit hari ni sebab banyak benda nak kena buat. Tadi setelah cuba beberapa pasang baju akhirnya saya dah decide baju mana nak pakai. Lagipun baju tu pilihan mama saya dan saya sendiri pun tak pernah terfikir nak pakai baju kaler tu tetapi memandangkan mama saya kata cantik jadi saya pun setuju.... Mulai hari ini saya kena betul-betul mengamalkan diet seimbang sebab takut nanti baju saya tak muat. Tadi pun saya ada ke kedai tudung untuk pilih warna tudung yang sesuai dengan baju saya tapi setakat ni tak jumpa lagi yang mana betul-betul sesuai. Maybe kena pergi beberapa kedai lagi kot hehe...

Saya pun dah booking tempat penginapan tadi...maybe esok nak pergi kedai kain nak tengok-tengok kain yang sesuai. Minggu ni dan minggu depan saya betul-betul sibuk...saya harap segalanya berjalan dengan lancar...InsyaALLAH...

Monday, January 23, 2012

~ Adil Atau Tidak Adil~

Di sini saya ingin bertanya kepada anda adilkah apabila suami anda berkata....

1. “B (panggilan manja) ada hutang gara-gara buat loan nak kahwin dengan sayang so lepas ni support la B ek...susah senang kita sama-sama tanggung...”

Maksudnya suami nak anda support dia sebab dia ada hutang gara-gara buat loan masa nak kahwin dulu tapi pernah tak dia tanya pasal hutang anda? Ok dengan kata lain hutang anda dia tak tanya atau tak kata pulak nak support atau nak ringankan sikit-sikit kan..... Ok jika sebelum kahwin katakan anda sudah memiliki kereta pernah tak anda bagitau suami anda “lepas kahwin ni kita share bayar kereta ni ek...” mesti tak pernah sebab anda anggap selagi anda mampu anda akan bayar sendiri tetapi sebagai suami sepatutnya dia faham sendiri-sendiri tapi kalau dia tak faham macam mana pulak??? Terpaksa la anda tanggung hutang anda sorang-sorang adalah ini dipanggil ‘susah senang kita sama-sama tanggung’ adilkah???

2. Makan dan tempat tinggal pun anda tanggung....

Ok katakan anda tinggal jauh dengan suami dan anda terpaksa sewa rumah lain. Pernah tak suami anda tanya pasal sewa rumah dengan kata lain nak tolong bayar ke tak pun nak share bayar dengan anda ke...kalau suami anda tak pernah tanya anda soalan tu adilkah?????

3. Sayang, B rasa tak sempat la nak kumpul duit sebanyak tu untuk mas kahwin / hantaran kahwin...

Maksudnya permintaan anda tu macam membebankan suami. Tapi pernah tak suami anda fikir orang lain letak lagi banyak dari tu. Sebagai contoh : ada seorang lelaki bergaji rm2k bekerja di Kuala Lumpur ok saya ulang gaji rm2k bekerja di Kuala Lumpur bawa mas kahwin sebanyak rm15k sedangkan gaji sebanyak rm2k mana cukup nak duduk Kuala Lumpur betul tak? Tetapi anda hanya mintak rendah berganda dari tu pun suami anda sudah anggap beban... Sedangakan kawan anda yang kahwin 10 tahun yang lalu pun mas kahwin dia sama dengan anda sekarang....adilkah???

4. Curang

Jika sebelum kahwin suami anda pernah curang dan selalu duduk cakap mencarut dengan perempuan lain macam mana pula? Pernah tak suami anda bertanya adakah luka tu masih ada atau tidak....tak pernah kan...suami anda hanya berjanji tak akan ulang benda tu lagi tetapi tak pernah tanya kelukaan hati anda. Adilkah??? Apa yang boleh saya katakan sepatutnya anda tidak berkahwin dengan suami anda tu....

5. Peramah

Ini perkara paling penting apabila berkahwin...suami anda mesti la beramah mesra dengan keluarga anda ini tidak bila jumpa asyik diam je tapi dengan orang lain lancar je bila bercakap...adilkah???




Bagi yang belum kahwin jika bakal suami anda dah tunjuk sikap macam ni buat apa anda susah-susahkan diri sedangkan anda boleh dapatkan lelaki yang lebih baik tetapi bagi yang dah kahwin nak buat macam mana terpaksa la tahan jela....

Thursday, January 19, 2012

~My Student~

Semalam masuk hari ke-2 saya mengajar di sekolah. Ok setakat ni tak de ape-ape yang pelik berlaku Cuma semalam ada seorang student year 1 terkena pisau lipat time tu saya tengah marking buku. Tiba-tiba datang seorang student...

Student : Teacher cantik teacher cantik (kembang juga dada time student saya panggil macam tu...tapi ayat kedua tu yang kurang menyenangkan)
kawan saya terkena pisau....
Saya : whatttt.....
Alahai...panik juga saya time tu yela kebetulan saya memang takut dengan darah tapi sebagai seorang guru saya mesti sorok perasaan takut tu.... Kemudian saya ambil tisu dalam beg dan lap darah dekat jari dia ( nasib baik sebelum masuk kelas year 1 saya mintak student year 4 belikan tisu sebab tisu saya dah habis) Student tu menangis teresak-esak dan saya pujuk dia ( teringat pulak time saya demam hari tu mama saya pujuk saya) kemudian saya lap air mata dia. Student tu terus diam dan ucap terima kasih dekat saya. Kemudian saya teringat patut la zaman kita sekolah dulu cikgu-cikgu tak bagi kita bawa pisau sebab takut jadi macam ni la kot gamaknya...

Moral Of Value : Lepas ni jangan bawa pisau lagi ke sekolah takut jadi macam ni kalau bawa juga teacher rampas dan bagi dekat adik teacher ok!!!!

Friday, January 13, 2012

~Fever + Flu~

Dah masuk hari ke-3 saya demam badan saya penat nak jalan pun tak larat...selalunya bila demam saya akan jadi manja sikit...bila saya sakit saya akan menangis then mama saya datang pujuk sapu air dekat kepala saya dan saya juga hilang selera makan arrrgggg....berat saya turun mendadak... sekarang berat saya ialah 41 kg...saya agak terkejut takkan demam 3 hari berat turun sampai 3kg kot...atau sebelum ni jadual makan saya tak menentu~saya sendiri tak tau kenapa saya kehilangan berat badan mendadak....semalam lepas solat subuh saya sambung tidur balik sebab tak larat + fever + flu then saya terjaga pukul 10.30 a.m. adik perempuan saya sedang lekatkan kool fever dekat dahi saya lepas tu dia turut urut-urut badan saya. Sayang juga dia dekat saya ek...tepat pukul 11.15 a.m adik bongsu saya ajak saya sarapan sebab saya kena makan ubat.

Pada mulanya saya bagi alasan yang saya tak larat nak bangun sebab sejujurnya saya tak suka makan ubat demam tapi biasa la dia memang pandai pujuk kakak dia yang sorang ni...akhirnya saya mengalah... dengan kekuatan yang ada selepas sarapan saya terus makan ubat...pahitnya...nk muntah pun ada juga tapi depan mama saya masih lagi boleh control hehe...untuk mama dan adik-adik terima kasih sebab jaga saya semasa saya demam~ saya sangat terharu dan saya berharap akan datang my future husband boleh jaga saya seperti mana family saya jaga saya :) ~ oklah saya stop dekat sini je sebab tak larat dah nak tulis...jumpa lagi...

Sunday, January 8, 2012

Beramah mesra penting!!!!

Saya tak nak kahwin dengan orang yang tak mesra dengan family saya. Serius!!! Saya tak tipu. Ok cuba you all fikir u all nak tak ada abang ipar or kakak ipar yang tak mesra dengan you all? Of coz tak kan...so saya juga begitu... saya akan pastikan calon saya nanti beramah mesra dengan mama dan adik-beradik saya. Bukan susah pun adlis tanya la khabar even tak kahwin lagi sekurang-kurangnya anda tunjuk perangai yang baik untuk bakal mentua. Ok saya tak tau adat orang negeri lain tapi untuk negeri saya orang tua memang menitik berat calon. Tambahan lagi, kalau anak dorang perempuan...mereka idamkan menantu lelaki yang boleh jaga anak mereka dengan baik dan bertanggungjawab. Diam tak bermaksud orang tua kita suka. Kalau diperam lama-lama terkeluar juga kan buruk bakal menentu lelaki tu. Kalau sekarang pun tak mesra esok-esok sebelah mata pun bakal suami anda tak pandang mak anda.

Ok kalau nak kata bakal suami anda tu pendiam mungkin ye kot... tapi saya takut diam depan kita je tapi belakang kita ligat macam apa tak tau la...mana tahu kot-kot belakang kita dia asyik duduk komen wall fesbuk orang lain dan lepas tu duduk cakap mengarut ( lucah) dengan orang lain...siapa tau kan??? Serius!! Saya tak pandang lelaki macam tu. Dan diam kaum perempuan tak bermaksud dorang tak tau apa-apa. Dorang tak bodoh seperti mana kaum lelaki anggap. Kalau la benda tu terjadi dekat saya tak kahwin dengan dia pun tak sebab tak rugi apa-apa pun. Kalau kahwin buat malu je sebab dia pernah cakap mengarut dengan perempuan lain.

Sebab itu la saya tak kisah sangat pasal kahwin ni. Kalau ada jodoh saya kahwin. Saya tak nak terlalu mengharap sebab mungkin kalau jodoh saya bukan dengan dia tetapi dengan orang lain yang lebih menyayangi dan memahami saya...siapa tahu bukan... dan bagi saya karier saya lebih penting sebenarnya. Kalau seseorang tu sayang saya dia mesti faham karier saya...dan pastikan dia juga beramah mesra dengan family saya jangan duduk beramah mesra dengan orang lain je hehe...kalau dapat lelaki macam dalam lagu Salena Gomez “ i love you like a love song “ ok juga...~lalala