Lebih kurang 2 Minggu lepas incik hubby ada minta saya sediakan wrap yang disapu dengan coklat dan diletak pisang sebagai intinya. Pada mulanya saya agak pelik selalunya inti untuk wrap ialah ayam, daging atau telur tetapi kali ini incik hubby minta digantikan dengan pisang. Saya ada terlihat rakan facebook saya share gambar tersebut tapi tak pernah fikir untuk mencuba sehingga la incik hubby minta.
Minggu lepas selepas breakfast dengan rakan-rakan saya di QB mall, terus saya masuk mencari wrap di AEON. Agak lama juga la proses mencari wrap kerana sudah agak lama saya tidak ke AEON di QB Mall Penang memandangkan kini saya menetap di rumah mak mentua di Kedah. Jika dulu hampir setiap minggu saya dan rakan-rakan akan berkunjung di sini untuk lunch atau shopping. Setelah puas mencari akhirnya saya jumpa wrap tersebut (brand mission) di bahagian depan berdekatan dengan roti gardenia. Tanpa lengahkan masa saya terus membeli kerana saya ingin mengejar masa memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 12 p.m. Baru saya perasan agak lama kami di sini rupanya. Maklumlah bila jumpa rakan-rakan ada saja topik yang ingin dibualkan tambahan lagi rakan-rakan yang berlainan kos.
Dua hari kemudian saya beli hazelnut chocolate spread(gardenia) dan baru semalam saya sempat beli pisang di Tesco dengan incik hubby. Apa lagi bila bahan2 dan cukup terus saya sediakan hidangan tersebut untuk incik hubby yang sedang menonton cerita tamil (siaran kegemaran incik hubby). Saya pun join sekali makan...memang sedappppp patut la incik hubby suka cuma miss fadhia je tidak berapa gemar even pisang adalah kegemarannya. Dan hari ini juga saya bekalkan hidangan tersebut atas permintaan incik hubby sebagai breakfast di kilang. Jom kita lihat resepi banana chocolate wrap ni
Bahan-bahan
4-5 keping wrap ( saya juga jenama Mission)
Hazelnut chocolate spread ( saya juga gardenia...kalau nak guna brand lain pun boleh...ikut pada selera masing-masing)
4-5 biji pisang yang masak
Cara-cara
1. Panaskan wrap diatas kuali beberapa saat. Angkat dan letak atas pinggan.
2. Kemudian sapu hazelnut chocolate spread keseluruh permukaan wrap ( sapu satu bahagian saja). Letak banyak lagi sedap.
3. Letak pisang yang sudah dipotong dan kemudian balut kemas-kemas.
4. Hidangkan
Menu ni sesuai untuk makan bila-bila masa saja....selamat mencuba ye kawan-kawan
No comments:
Post a Comment