Sunday, October 25, 2015

Blueberry Crepe

Bangun pagi selepas solat subuh saya terus buat blueberry crepe ini memandangkan semua bahan sudah ada. Sebenarnya beberapa hari sebelum ini saya ada buat pavlova dan baki whipping cream masih ada lebih kurang separuh lagi jadi saya pun buat la blueberry crepe ini. Adunan ni boleh dapat dalam 10 biji blueberry crepes, kalau nak lebih boleh doublekan bahan-bahan. First time buat Alhamdulillah jadi...Selepas siap blueberry crepe ni saya simpan dalam peti ais kerana saya nak pergi shopping barang dapur...balik nanti boleh la makan... makan waktu sejuk sejuk sangat la sedap...




Bahan-bahan- Adunan Crepe

2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
secubit garam
3/4 cawan susu segar /cair ( kalau nak cair boleh letak susu lebih sikit)- suhu bilik
1 sudu besar mentega (cairkan)
Pewarna purple- optional


Cara-cara

1.Satukan semua bahan adunan dadar (kecuali pewarna), kacau rata dan tapis. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis
2.Kemudian titiskan pewarna purple beberapa titik ( kalau nak gelap boleh titis banyak). Kacau adunan supaya sebati dengan pewarna.
3.Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan kuali dengan mentega dengan menggunakan kitchen tisu/ berus kecil.
4.Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
5.Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.



Bahan utk Inti

3/4 cawan whipping cream (non dairy)
Perisa blueberry
Blueberry filling secukupnya


Caranya.

1.Tuang whipping cream ke dalam bekas dan pukul hingga kental.Kemudian tuang perisa blueberry sedikit ke dalam whipping cream dan putar sekejap.
2.Masukkan dlm bekas dan simpan dlm peti ais sementara menyediakan crepe.(saya lebih suka siapkan crepe dulu then baru putar whipping cream)



Cara Penyediaan

1.Letakkan sekeping crepe
2.Letakkan whipping cream di atasnya
3.Kemudian letakkan 1 sudu kecil blueberry filling
4.Tutup kembali dengan whipping cream
5.Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah.
6.Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin

No comments:

Post a Comment