Sunday, October 25, 2015

Durian Crepe Dihatiku

Durian crepe ni sebenarnya saya sudah buat sebelum bersalin hari tu. Waktu tu teringin sangat nak makan...saya ada bertanya kawan kawan jika durian crepe ada jual di mana mana tetapi semua menghampakan saya kerana musim itu bukan musim durian jadi durian crepe tiada di pasaran. Tetapi saya bernasib baik dihujung hujung due date saya musim durian kembali. Seingat saya durian yang saya beli hampir mencecah rm5o untuk 2 biji tetapi memandangkan mengidam sangat sangat time tu saya beli juga. Crepe yang saya buat ssama dengan blueberry crepe cuma filling saja tukar blueberry diganti dengan durian.




Bahan-bahan- Adunan Crepe

2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
secubit garam
3/4 cawan susu segar /cair ( kalau nak cair boleh letak susu lebih sikit)- suhu bilik
1 sudu besar mentega (cairkan)
Pewarna purple- optional

Cara-cara

1.Satukan semua bahan adunan dadar (kecuali pewarna), kacau rata dan tapis. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis
2.Kemudian titiskan pewarna purple beberapa titik ( kalau nak gelap boleh titis banyak). Kacau adunan supaya sebati dengan pewarna.
3.Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan kuali dengan mentega dengan menggunakan kitchen tisu/ berus kecil.
4.Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
5.Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.


Bahan bahan inti


3/4 cawan whipping cream (non dairy)
isi durian secukupnya


Caranya.

1. Tuang whipping cream ke dalam bekas dan pukul hingga kental.
2. Masukkan dlm bekas dan simpan dlm peti ais sementara menyediakan crepe.(saya lebih suka siapkan crepe dulu then baru putar whipping cream)

Cara Penyediaan

• Kepingan crepe
• whipping cream (yang dipukul tadi)
• isi durian

1. Letakkan sekeping crepe
2. Letakkan whipping cream di atasnya
3. Kemudian letakkan isi durian ( kalau nak sedap letak banyak..)
4. Tutup kembali dengan whipping cream
5. Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah.
6. Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin

No comments:

Post a Comment