Sebenar sudah lama saya nak buat pavlova lebih kurand dua tiga tahun yang lalu tetapi waktu itu keadaan yang tidak mengizinkan saya di mana saya agak sibuk dengan tugas PhD di USM. Saya hanya pulang ke rumah hujung minggu saja. Bayangkan hanya dua hari saya dapat spend masa dengan incik husband sepanjang satu minggu dan jika saya terlalu sibuk saya tidak pulang dan habiskan masa di USM. Tetapi untuk bulan puasa saya akan spend masa sepanjang sebulan di rumah menemani incik husband bersahur dan berbuka puasa.
Bagi saya, jarak jauh bukan penghalang untuk kita bahagia dan menikmati hidup tetapi hati dan iman perlu sentiasa dijaga...kepercayaan itu penting betul tak??? hehe...semalam saya try buat pavlova, ekceli ni first time saya buat. Alhamdulillah jadi memang saya tak sangka yang buat pavlova ni teramat mudah. tambahan lagi pavlova ni sangat la sedap...saya paling suka krim diatasnya lembut dan tidak terlalu manis...sesuai dengan buah buahan yang masam seperti strawberi, anggur dan kiwi. Untuk pavlova saya ni, saya hanya letak strawberi dan anggur sebab tak sempat nak beli kiwi hehe...Jom kita lihat bahan bahan dan juga cara cara nak buat pavlova ni....
Bahan bahan
4 biji telur (ambil bahagian putih sahaja...dan telur mesti suhu bilik)
3/4 cawan gula castor (saya guna gula icing senang larut masa putar tu...)
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1/2 sudu besar tepung jagung
1. Pastikan bowl kering dan tiada sisa air atau sebagainya...
sebab nak buat meringue memang pantang bendasing dan telur putih juga mesti takde sisa telur kuning . Masukkan putih telur dulu ke dalam bowl....
2. Putar putih telur sampai berbuih seperti buih2 sabun.
Bila dah berbuih buih, sambil putar, masukkan gula sedikit demi sedikit ....
(jangan campur putih telur + gula terus dari awal... Putar dulu putih telur bila dah berbuih baru masuk gula ye...)
3. Putar sehingga ia berkrim dan berkilat
4.Masukkan esen vanilla. Then putar lagi..... Putar sampai jadi mcm bertanduk... atau bila terbalikkan bowl, adunan tu tak jatuh dari bowl...
5. Lepas tu stop kan mixer. Masukkan tepung jagung dan juga cuka.
6. Guna senduk sahaja gaul gaul bagi sebati.
7.Masukkan adunan tadi ke dalam piping bag....
dengan gunakan Nozel. Alas Loyang dengan kertas minyak. Buat bulatan guna pensel. Ikut saiz yg dimahukan. Picit piping bag sambil buat pusingan2 kecil mengikut arah jam.
8. Penuhkan piping di bahagian dalam, yg dalam tu tebalkan sedikit dalam dia kalau kita nak masa potong nanti rasa macam Marshmallow...
kalau rasa nak buat 2 lapis buat 2 keping asing2. Saya buat satu lapis je yang lebih saya buat mini pavlova pulak hehe...
9.Panaskan Oven suhu 150 (20 min) celsius terlebih dahulu.
Bakar selama 60-75 minit sehingga disc masak atau bertukar kepada perang
10. Satu lagi tips untuk Pavlova tak crack. Lepas dah masak tu... jangan keluarkan dr oven. Tutup suis oven....Biarkan je dia sejuk dalam o
Topping
240ml whipping cream (non dairy)
Buah2 kesukaan..
(pilih yang masam je ok....)
1.Whipping cream make sure sejuk... baru keluar dr fridge untuk putar...
Tips nak senang putar whipping krim: Masukkan pemutar besi dan bowl mixer ke dalam fridge tempat beku sampai besi dan bowl sejuk.
2. Then keluarkan pemutar dan bowl mixer, masukkan whipping cream dan terus putar dengan kelajuan tinggi sampai dia soft peak... jadi bertanduk gak tapi tak terlalu kental....tak terlalu cair dan tak terlalu kental.
3. Masukkan krim dalam piping bag dan boleh piping.
4. Lepas tu hias dengan buah2 tadi.
No comments:
Post a Comment