Saturday, July 6, 2019

2019

Lama tak update blog....kira kalau post ni keluar kak eyu ingat nak kembali update blog.

Wednesday, December 2, 2015

Minyak kelapa dara (VCO) Halagel dan Halagel supplement


Minyak kelapa dara atau vco memang cukup baik untuk ibu mengandung, berpantang dan menyusu. Yang ada masalah kulit seperti jerawat, kusam bintik hitam dan berminyak pun sesuai...khasiat dia memang banyak la kalau nak cerita memang tak cukup ruang kat blog kek eyu...so sesape yang berminat boleh wassap kek eyu 0124456309...harga memang special...sangat murahhhhhh...kalau nak order produk produk halagel yang lain pun bolehhhh



Minyak kelapa dara (60') Rm26

Minyak kelapa dara (120') Rm41

Minyak Zaitun (60') Rm21

Habbatussauda (60') Rm31

Habbatussauda (120') Rm51

Omega3 fish oil (60') Rm20

Omega3 fish oil (120') Rm32

Grapeseed (60') Rm30

Flaxseed (60') Rm30

EPO (60') Rm26



*harga tak termasuk postage





Blueberry Cheese Tart yang ohhhhsemmmm...

Mengingati kesedapan blueberry cheese tart ini menyebabkan kek eyu berulangkali buat tanpa rasa jemu. Sejujurnya filling blueberry ni sentiasa ada didalam peti ais kek eyu tau...nampak tak kat situ betapa kerapnya kek eyu buat cheese tart ni. Sebenarnya kek eyu lebih gemar buat sendiri dari tempah cheese tart ni sebab filling dia boleh letak banyak banyak orang kata puas hati. Kalau tempah tak berapa nak rasa filling blueberry selebihnya muak saja...ini komen jujur kek eyu sebab ada seseorang pernah bagi sampel blueberry cheese tart dekat husband kek eyu bila makan memang mengecewakan kerana hangit...bagi kek eyu jika ingin berniaga ikhlas la jangan buat sambil lewa tapi tak tau la takut takut dia tak perasan yang cheese tart dia hangit kan...nasib baik sampel je huhu...resepi cheese tart ni kek eyu ambil dari blogger yang cukup terkenal nanti kek eyu update resepi cheese tart ni akan datang ye...





Sunday, October 25, 2015

Durian Crepe Dihatiku

Durian crepe ni sebenarnya saya sudah buat sebelum bersalin hari tu. Waktu tu teringin sangat nak makan...saya ada bertanya kawan kawan jika durian crepe ada jual di mana mana tetapi semua menghampakan saya kerana musim itu bukan musim durian jadi durian crepe tiada di pasaran. Tetapi saya bernasib baik dihujung hujung due date saya musim durian kembali. Seingat saya durian yang saya beli hampir mencecah rm5o untuk 2 biji tetapi memandangkan mengidam sangat sangat time tu saya beli juga. Crepe yang saya buat ssama dengan blueberry crepe cuma filling saja tukar blueberry diganti dengan durian.




Bahan-bahan- Adunan Crepe

2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
secubit garam
3/4 cawan susu segar /cair ( kalau nak cair boleh letak susu lebih sikit)- suhu bilik
1 sudu besar mentega (cairkan)
Pewarna purple- optional

Cara-cara

1.Satukan semua bahan adunan dadar (kecuali pewarna), kacau rata dan tapis. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis
2.Kemudian titiskan pewarna purple beberapa titik ( kalau nak gelap boleh titis banyak). Kacau adunan supaya sebati dengan pewarna.
3.Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan kuali dengan mentega dengan menggunakan kitchen tisu/ berus kecil.
4.Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
5.Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.


Bahan bahan inti


3/4 cawan whipping cream (non dairy)
isi durian secukupnya


Caranya.

1. Tuang whipping cream ke dalam bekas dan pukul hingga kental.
2. Masukkan dlm bekas dan simpan dlm peti ais sementara menyediakan crepe.(saya lebih suka siapkan crepe dulu then baru putar whipping cream)

Cara Penyediaan

• Kepingan crepe
• whipping cream (yang dipukul tadi)
• isi durian

1. Letakkan sekeping crepe
2. Letakkan whipping cream di atasnya
3. Kemudian letakkan isi durian ( kalau nak sedap letak banyak..)
4. Tutup kembali dengan whipping cream
5. Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah.
6. Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin

Blueberry Crepe

Bangun pagi selepas solat subuh saya terus buat blueberry crepe ini memandangkan semua bahan sudah ada. Sebenarnya beberapa hari sebelum ini saya ada buat pavlova dan baki whipping cream masih ada lebih kurang separuh lagi jadi saya pun buat la blueberry crepe ini. Adunan ni boleh dapat dalam 10 biji blueberry crepes, kalau nak lebih boleh doublekan bahan-bahan. First time buat Alhamdulillah jadi...Selepas siap blueberry crepe ni saya simpan dalam peti ais kerana saya nak pergi shopping barang dapur...balik nanti boleh la makan... makan waktu sejuk sejuk sangat la sedap...




Bahan-bahan- Adunan Crepe

2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
secubit garam
3/4 cawan susu segar /cair ( kalau nak cair boleh letak susu lebih sikit)- suhu bilik
1 sudu besar mentega (cairkan)
Pewarna purple- optional


Cara-cara

1.Satukan semua bahan adunan dadar (kecuali pewarna), kacau rata dan tapis. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis
2.Kemudian titiskan pewarna purple beberapa titik ( kalau nak gelap boleh titis banyak). Kacau adunan supaya sebati dengan pewarna.
3.Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan kuali dengan mentega dengan menggunakan kitchen tisu/ berus kecil.
4.Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
5.Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.



Bahan utk Inti

3/4 cawan whipping cream (non dairy)
Perisa blueberry
Blueberry filling secukupnya


Caranya.

1.Tuang whipping cream ke dalam bekas dan pukul hingga kental.Kemudian tuang perisa blueberry sedikit ke dalam whipping cream dan putar sekejap.
2.Masukkan dlm bekas dan simpan dlm peti ais sementara menyediakan crepe.(saya lebih suka siapkan crepe dulu then baru putar whipping cream)



Cara Penyediaan

1.Letakkan sekeping crepe
2.Letakkan whipping cream di atasnya
3.Kemudian letakkan 1 sudu kecil blueberry filling
4.Tutup kembali dengan whipping cream
5.Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah.
6.Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin

Thursday, October 22, 2015

Puding Trifle

Kalau sebut trifle pasti ramai yang sudah tahu dan sememangnya sudah ramai yang expert untuk membuatnya. Trifle adalah salah satu dessert kegemaran saya dan keluarga. Jika saya pulang ke rumah mama di Kelantan mesti adik adik saya meminta saya buatkan untuk mereka. Trifle ni lebih sedap jika dimakan sejuk sejuk. Selalunya saya akan buat trifle pada malam dan makan keesokkan harinya.


Sebenarnya saya mula mengenal dessert ini ketika mengajar di sekolah dulu. Masih saya ingat rasa trifle yang dibuat oleh seorang guru di sekolah tersebut dan guru itu juga sudi berkongsi resepi dengan saya cuma saya ada buat perubahan resepi tersebut tanpa disedari oleh saya hehe...kelakar kan...patut la ramai diantara kawan kawan yang pernah rasa triffle saya akan bertanya rahsia keenakkan kastard yang saya buat hehe...bukan masuk bakul sendiri ye...ape pun jom layan gambar trifle ni...saya tidak sertakan resepi kerana saya percaya semua kawan sudah tahu cara ingin membuatnya...




Wednesday, October 21, 2015

Pavlova yang lembut lagi sedappp....

Sebenar sudah lama saya nak buat pavlova lebih kurand dua tiga tahun yang lalu tetapi waktu itu keadaan yang tidak mengizinkan saya di mana saya agak sibuk dengan tugas PhD di USM. Saya hanya pulang ke rumah hujung minggu saja. Bayangkan hanya dua hari saya dapat spend masa dengan incik husband sepanjang satu minggu dan jika saya terlalu sibuk saya tidak pulang dan habiskan masa di USM. Tetapi untuk bulan puasa saya akan spend masa sepanjang sebulan di rumah menemani incik husband bersahur dan berbuka puasa.


Bagi saya, jarak jauh bukan penghalang untuk kita bahagia dan menikmati hidup tetapi hati dan iman perlu sentiasa dijaga...kepercayaan itu penting betul tak??? hehe...semalam saya try buat pavlova, ekceli ni first time saya buat. Alhamdulillah jadi memang saya tak sangka yang buat pavlova ni teramat mudah. tambahan lagi pavlova ni sangat la sedap...saya paling suka krim diatasnya lembut dan tidak terlalu manis...sesuai dengan buah buahan yang masam seperti strawberi, anggur dan kiwi. Untuk pavlova saya ni, saya hanya letak strawberi dan anggur sebab tak sempat nak beli kiwi hehe...Jom kita lihat bahan bahan dan juga cara cara nak buat pavlova ni....




Bahan bahan

4 biji telur (ambil bahagian putih sahaja...dan telur mesti suhu bilik)
3/4 cawan gula castor (saya guna gula icing senang larut masa putar tu...)
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1/2 sudu besar tepung jagung


1. Pastikan bowl kering dan tiada sisa air atau sebagainya...
sebab nak buat meringue memang pantang bendasing dan telur putih juga mesti takde sisa telur kuning . Masukkan putih telur dulu ke dalam bowl....

2. Putar putih telur sampai berbuih seperti buih2 sabun.
Bila dah berbuih buih, sambil putar, masukkan gula sedikit demi sedikit ....
(jangan campur putih telur + gula terus dari awal... Putar dulu putih telur bila dah berbuih baru masuk gula ye...)

3. Putar sehingga ia berkrim dan berkilat

4.Masukkan esen vanilla. Then putar lagi..... Putar sampai jadi mcm bertanduk... atau bila terbalikkan bowl, adunan tu tak jatuh dari bowl...

5. Lepas tu stop kan mixer. Masukkan tepung jagung dan juga cuka.

6. Guna senduk sahaja gaul gaul bagi sebati.

7.Masukkan adunan tadi ke dalam piping bag....
dengan gunakan Nozel. Alas Loyang dengan kertas minyak. Buat bulatan guna pensel. Ikut saiz yg dimahukan. Picit piping bag sambil buat pusingan2 kecil mengikut arah jam.

8. Penuhkan piping di bahagian dalam, yg dalam tu tebalkan sedikit dalam dia kalau kita nak masa potong nanti rasa macam Marshmallow...
kalau rasa nak buat 2 lapis buat 2 keping asing2. Saya buat satu lapis je yang lebih saya buat mini pavlova pulak hehe...

9.Panaskan Oven suhu 150 (20 min) celsius terlebih dahulu.
Bakar selama 60-75 minit sehingga disc masak atau bertukar kepada perang

10. Satu lagi tips untuk Pavlova tak crack. Lepas dah masak tu... jangan keluarkan dr oven. Tutup suis oven....Biarkan je dia sejuk dalam o


Topping

240ml whipping cream (non dairy)
Buah2 kesukaan..
(pilih yang masam je ok....)



1.Whipping cream make sure sejuk... baru keluar dr fridge untuk putar...
Tips nak senang putar whipping krim: Masukkan pemutar besi dan bowl mixer ke dalam fridge tempat beku sampai besi dan bowl sejuk.

2. Then keluarkan pemutar dan bowl mixer, masukkan whipping cream dan terus putar dengan kelajuan tinggi sampai dia soft peak... jadi bertanduk gak tapi tak terlalu kental....tak terlalu cair dan tak terlalu kental.

3. Masukkan krim dalam piping bag dan boleh piping.

4. Lepas tu hias dengan buah2 tadi.

Thursday, October 8, 2015

Banana Chocolate Wrap

Lebih kurang 2 Minggu lepas incik hubby ada minta saya sediakan wrap yang disapu dengan coklat dan diletak pisang sebagai intinya. Pada mulanya saya agak pelik selalunya inti untuk wrap ialah ayam, daging atau telur tetapi kali ini incik hubby minta digantikan dengan pisang. Saya ada terlihat rakan facebook saya share gambar tersebut tapi tak pernah fikir untuk mencuba sehingga la incik hubby minta.


Minggu lepas selepas breakfast dengan rakan-rakan saya di QB mall, terus saya masuk mencari wrap di AEON. Agak lama juga la proses mencari wrap kerana sudah agak lama saya tidak ke AEON di QB Mall Penang memandangkan kini saya menetap di rumah mak mentua di Kedah. Jika dulu hampir setiap minggu saya dan rakan-rakan akan berkunjung di sini untuk lunch atau shopping. Setelah puas mencari akhirnya saya jumpa wrap tersebut (brand mission) di bahagian depan berdekatan dengan roti gardenia. Tanpa lengahkan masa saya terus membeli kerana saya ingin mengejar masa memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 12 p.m. Baru saya perasan agak lama kami di sini rupanya. Maklumlah bila jumpa rakan-rakan ada saja topik yang ingin dibualkan tambahan lagi rakan-rakan yang berlainan kos.


Dua hari kemudian saya beli hazelnut chocolate spread(gardenia) dan baru semalam saya sempat beli pisang di Tesco dengan incik hubby. Apa lagi bila bahan2 dan cukup terus saya sediakan hidangan tersebut untuk incik hubby yang sedang menonton cerita tamil (siaran kegemaran incik hubby). Saya pun join sekali makan...memang sedappppp patut la incik hubby suka cuma miss fadhia je tidak berapa gemar even pisang adalah kegemarannya. Dan hari ini juga saya bekalkan hidangan tersebut atas permintaan incik hubby sebagai breakfast di kilang. Jom kita lihat resepi banana chocolate wrap ni


Bahan-bahan

4-5 keping wrap ( saya juga jenama Mission)

Hazelnut chocolate spread ( saya juga gardenia...kalau nak guna brand lain pun boleh...ikut pada selera masing-masing)

4-5 biji pisang yang masak


Cara-cara

1. Panaskan wrap diatas kuali beberapa saat. Angkat dan letak atas pinggan.

2. Kemudian sapu hazelnut chocolate spread keseluruh permukaan wrap ( sapu satu bahagian saja). Letak banyak lagi sedap.

3. Letak pisang yang sudah dipotong dan kemudian balut kemas-kemas.

4. Hidangkan


Menu ni sesuai untuk makan bila-bila masa saja....selamat mencuba ye kawan-kawan


Monday, September 28, 2015

Phd Sebelum Usia 30 Tahun

Sekejap sudah masa berlalu, dah hampir sebulan rupanya saya viva PhD. Rasa macam mimpi yang semuanya sudah berlalu...ye hampir tiga tahun saya dalam penyelidikan ini dan apa yang boleh saya katakan ALHAMDULILLAH... Allah s.w.t makbulkan doa dan impian saya untuk bergelar Dr. Fairooz Johan sebelum berusia 30 tahun. Masih saya ingat, ketika itu saya baru saja tamat degree sekitar tahun 2008 dan arwah papa pernah tanya adakah saya berminat untuk sambung sehingga ke PhD? dan saya jawab ye...salah satu impian saya ialah untuk dapat title DR sebelum usia 30 tahun. Terima kasih Allah s.w.t dengan rezeki ini. Jika diingat kembali banyak liku-liku dalam pengajian PhD dan saya percaya setiap pelajar akan rasa liku-liku tersebut tapi apa yang boleh saya katakan sepanjang pengajian PhD ini saya sangat enjoy terutama saya bersyukur saya menpunyai penyelia-penyelia yang sangat membantu saya yang bermula dari zero sehingga apa yang saya ada hari ini. Satu saja nasihat saya jangan pernah takut untuk mencuba dan jangan pernah takut untuk berangan apa yang kita impikan. Ok sekian saja dari saya...jumpa lagi ye...

Monday, March 2, 2015

Saya, VCO dan Olive oil....

Assalamualaikum....

Hai hari ni saya nak bercerita berkenaan dengan supplement harian yang kita amal...macam saya sekarang memang jatuh cinta dengan virgin coconut oil (VCO) dan olive oil halagel...honestly memang tak pernah miss makan 2 benda ni...kalau nak bercerita khasiat dia memang banyak la kan especially macam saya yang sedang meningkat usia gitu hehe...sejak saya amal vco dan olive memang kulit sangat lembab ekceli vco dan olive ni bukan saja memainkan peranan untuk cantik je tau but also untuk perempuan mengandung pun bagus amal InsyaAllah mudah bersalin nanti...ni bukan rekaan tau tapi ia berdasarkan pengalaman saya sendiri...masa dalam pantang pun bagus amal sebab luka jahitan cepat sembuh. Masa saya dalam pantang dulu kawan2 saya dan kawan2 mama datang semua terkejut kot sebab saya tak macam orang bersalin..haha...


Sekarang ni saya pregnant ke-2 pun still amal vco dan olive...now kandungan saya dah masuk 7 bulan...hujung bulan march ni saya dah nak submit thesis phd saya...tapi sibuk macam mana pun memang saya tak akan lupa untuk ambil vco dan olive setiap pagi...product halagel memang murahhhhh...memang tak rugi kalau amal hehe...ok sampai di sini je jumpa lagi...doakan saya agar selamat submit thesis dan bersalin nanti ye hehe...luv u...sesape yang berminat nak order vco atau produk produk halagel yang lain boleh wassap saya 0124456309 saya bagi harga special dan anda mungkin tak percayaaaaa....

Tuesday, November 4, 2014

Tips nak Orang Suka dan Selesa Berkawan Dengan Kita...

Assalamualaikum semua...


Ingat hari ini saya nak share tips macam mana nak bagi orang suka kita sebab ramai sangat kawan2, labmates dan adik2 junior saya selalu tanya saya "macam mana nak orang suka saya macam orang suka kak eyu..."hehe kadang2 nak tergelak juga saya dengan semua ni errrr...ada tips ke nak bagi orang suka dan selesa dengan kita???

Oklah saya rasa as a human saya pun tak perfect sebenarnya cuma saya suka tegaskan HATI hendaklah sentiasa bersih. Walau apa yang kita buat hati yang bersih tu penting. Dalam hidup ni jangan hipokrit, jadi diri sendiri tak perlu nak tiru orang lain. Sesetengah orang ni mereka suka buat sesuatu disebabkan orang lain bukan kerana Allah Taala. Bagi saya apa yang kita buat perlu ikhlas serta jujur...barulah orang akan suka pada kita.

Kita tak perlu bagitau orang "saya ikhlas ni buat itu or ini" bagi saya cukup saja Allah Taala yang tahu ape yang kita buat. Perkara ini selalu saya tekankan pada diri saya...apa saja kebaikkan biar Allah Taala saja yang tahu. Bila hati kita bersih dan segala benda kita buat ikhlas ia akan terpancar melalui air muka kita dan juga sikap kita. Dari situ la orang akan selesa dan suka berkawan dengan kita.

Pernah suatu ketika...kejadian ini berlaku 3 tahun yang lalu, waktu saya saya ingin pulang ke kampus. Ada seorang perempuan muda disebelah saya, dia tegur dan kami mula borak2...akhir perbualan kami dan ayat dia saya masih ingat sehingga sekarang " saya suka la pandang muka awak sebab bercahaya, bersih, lembut...suka sangat..." waktu itu saya hanya senyum...

Ramai yang suka ambil cara mudah dengan mengamal ayat pengasih. Tak perlulah kita guna ayat jampi kemudian tiup kat muka orang supaya orang suka dekat kita atau masak apa2 kemudian jampi sikit2 kemudian bagi orang makan makanan kita. Bagi saya orang macam ni macam sampah yang tak ada makna kepada sesiapa. Lama2 ayat jampi tu akan hilang...ingat la kita hidup atas bumi ni hanya sementara saja dan kita juga perlu ingat Allah Taala sentiasa perhatikan ape yang kita buat. Kalau nak jadi baik jadilah baik kerana Allah Taala bukan kerana "orang lain"...suatu masa "orang lain" akan tinggal kita tapi kita harus ingat Allah Taala sentiasa ada dengan kita selagi kita tidak lupa kepadaNya.

Ini saja yang dapat saya kongsi dengan anda semua.Bye...

Monday, October 13, 2014

Four of Us~~~lalala

Assalamualaikum...

Tengok tajuk mesti dah boleh agak kan hehe...saja nak menggedikkan diri kat blog saya yang tak berapa nak glemer ni kan...ok ceritanya begini sejak 2 3 minggu lepas saya memang pening kepala, rasa mual, tak ada selera makan...tiba-tiba makanan feveret jadi tak lalu nak makan...saya dah rasa cemas...berdebar-debar pun dad juga... dalam kepala ni memang fikir satu benda PREGNANT KAH AKU??? Incik husband pulak memang la suka bila saya dah pening-pening kepala ( incik husband macam dah boleh agak yang saya pening bersebab..) siap offer diri lagi nak teman saya pergi klinik. So hari selasa 7hb oct lepas kami berdua pergi la klinik usm sambil-sambil tu saya nak tengok samples microalgae saya... hidup elok ke tak...

First sampai USM memang terus pergi klinik, ambil nombor, pergi bilik saringan, buat urin test ( masa kat kaunter lab siap lagi boleh tanya adik comel positif ke???? tapi adik comel bagitau saya puan jumpa Dr dulu ye) ermmmm....buat suspen pulak adik ni...tunggu lebih kurang 5-10 min juga lak baru turn saya. Masuk je bilik, Dr tanya sakit ape saya bagitau period lewat tiba-tiba DR senyum dan kata POSITIF. Saya sedikit terkejut errrr...maknanya memang honeymoon sungguh la kami di Acheh dulu hehe...(sori part ni saya gurau je...)

Wahhhh rupanya ada baby dalam perut saya...keluar je dari bilik Dr, saya saja buat diam dekat incik husband. Incik husband pulak tak sabar nak tanya..saya juz senyum dan bagitau POSITIF. Memang tengok dari wajah incik husband he's really excited dengan berita ni siap plan macam dengan saya dari awal kami ambil ubat dekat farmasi sehingga la kami di QB mall hehe...seronoknya incik husband...

Dari awal incik husband tau yang saya pregnant dia cuba penuhi setiap permintaan saya...suka buat lawak tu yang penting hehe...miss fadhia pulak incik husband akan ambil alih jaga sebaik pulang dari kerja. Terima Kasih banyak-banyak to my lovely hubby yang memang ringan tulang, plan macam-macam untuk buat saya dan miss fadhia hepi. Wink* Wink* adiosss....

Wednesday, September 24, 2014

My Fav Song

Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

Lagu : Terbang Tunduk
Artis : Fynn Jamal

Tuesday, September 2, 2014

LOVE LOVE and LOVE

Conference lalala~~~

Assalamualaikum semua...lamanya rasa tak update blog kan..before puasa saya janji tiap-tiap minggu nak update resepi tapi janji tinggal janji je kan...blog pun dah berhabuk hehe...sori sangat-sangat saya TERLALU SIBUK dengan research sampai nak update blog pun tak sempat...selepas raya hari tu saya terus masuk lab. Saya sempat raya tiga hari je hari seterusnya saya ada dalam lab...sampai labmates pun naik seram dengan kesungguhan saya. Yela datang awal pagi balik pukul 6 lebih ada tu pernah saya balik pukul 7 lebih...kesian pulak dekat miss fadhia kena tinggal...huhu..minggu depan saya, incik husband dan miss fadhia akan ke Indonesia...untuk menghadiri conference. Incik husband pun tumpang dua kaki beliau untuk ikut saya maklum la dia takut secret admire saya join sekali la tu... :p hehe...(gurau je abg...) Tiket flight dah book awal-awal, hotel pulak SV saya (Prof) dah book juga untuk saya. Orang yang nak jemput kami kat airport bila sampai dekat sana nanti pun dah setel..ermmmm..ape lagi ek??? passport?? pasport dah ada...masa ambil borang claim hari tu cik kerani dekat school saya bagitau... hotel yang boleh kami duduk rate dia rm300 per malam...saya pun decide nak duduk hotel Hermes memandangkan conference juga akan diadakan di situ. Before ni plan nak cari hotel tengah-tengah bandar senang nak shopping...last-last kami tukar plan and Prof pun bagitau yang dia dah book hotel untuk saya dan family. Makan pulak cik kerani kata boleh rm120 sehari (wahhhh banyaknya leh makan rm120 sehari sangat-sangat ok la tu kan...), teksi and tiket flight boleh claim sepenuhnya...shopping tak boleh claim ye pesan cik kerani... (melawak dengan saya). Apa yang pasti incik husband yang tak sabar nak pergi sana yela incik husband seronok la boleh suka-suka...saya pergi sebab keje huhu...ok la sampai di sini saja nanti saya sambung lagi...luv u all...

Tuesday, May 20, 2014

morninggggg

Salam.... Wahhhhhh lamanya xupdate entry kan ekceli saya sihat je cuma 2 ari lepas demam then after makan ubat alhamdulillah dah baik...cuma incik husband la tak sihat lagi...demam juga jangkit dari saya...2014 memberi nafas baru yela tahu ni banyaknya benda kena buat jadi wife, mother dan student....bukan senang tau...banyak pengorbanan so kepada incik husband sila hargai isteri anda yang cun melecun ni hehe...(sekali skala perasan sikit tak pe kot). Miss Fadhia makin membesar so banyak tumpuan kena bagi even saya sibuk macam mana pun, Kadang2 time miss Fadhia tidur saya akan mula buat kerja...sebab masa tak banyak dah tinggal...Prof pun dah bagi harapan terlalu tinggi setinggi gunung Himalaya kepada saya agar saya dapat grad tahun depan...InsyaALLAH... saya akan berusaha gigih. Kalau time single dulu senang bawa diri kita je nak belajar 24jam pun xpe sekarang kena spend masa kat incik husband and miss fadhia tapi kehidupan saya sekarang lebih bermakna la kan...hujung minggu mesti je cari resepi pape nak buat kunun2 mengisi masa yang sebenarnya xberapa nak lapang. Saya suka incik husband tiap kali hujung minggu mesti dia akan bawa saya dan miss fadhia keluar jalan2...kami pun dah decide ari sabtu spend masa kat umah (buat la aktiviti yang patut kan errrr...jgn fikir bukan2 ye maksud saya macam masak ke tengok hindustan ke ( yang ni incik husband suka))....so ari ahad kami akan kuar jalan2 kat mana2 shopping mall ke rumah sedara ke...lebih kurang macam tu la rutin hidup saya ni haha...amacam seronok kan???? bulan puasa dah nak dekat so rasanya entry pasni tentang puasa kot...dLm entry tu saya ingat saya nak cerita pasal biskut raya la...sebut je biskut raya teringat raya tahun lepas yang mana orang bagi sample biskut dekat incik husband (xtau la sape yang bagi) dalam 2 jenis la...satu ala2 chipsmore (sedikit hitam dekat bawah akibat terlebih lama bakar) dan satu lagi cheese tart (tak sempat makan dah hancur dekat tangan yang ni cuba u all fikir ape yang kurang ape yang lebih ingredient dia) dah la bagi punya banyak...tapi bila makan rasa macam buat pakai kaki je...disebabkan kami xmampu nak makan sample biskut tu (yang lawaknya incik husband siap kutuk2 lagi...kata tak sedap nak muntah..) rasanya mak mentua saya bagi kat orang kot tak pun mak mentua saya buang...so juz nk remind kalau ada sape2 nak menjual sila jual dengan ikhlas kalau awak buat sedap InsyaALLAH tahun depan orang akan order lagi kalau buat macam entah pape bukan setakat nak order...yang awak bagi sample pun belum tentu lagi orang nak makan...ok jumpa lagi luv u muaaahhhh

Friday, August 16, 2013

Suatu Petang~~~

Dalam kita menjalani kehidupan harian terasa waktu berjalan dengan pantasnya tanpa kita dapat mengejarnya. Saya rasa baru semalam saya berusia 2 tahun tapi hakikatnya apabila saya terjaga dari realiti sebenarnya saya bakal menjadi ibu tidak lama lagi. Petang ni tiba-tiba sedih pulak bila tengok gambar lama-lama, gambar waktu kecil...ye waktu arwah papa dan arwah nenek saya masih ada. Dalam gambar tu betapa gembiranya papa, mama, nenek, saya dan adik-beradik saya. Kami merupakan keluarga bahagia. Dari kecil saya memang agak cerewet kalau nak pilih baju ke kasut ke mesti nak macam cinderella la snow white la...saya masih ingat mama hantar saya ke kelas gimrama. Setiap petang mesti ada latihan, mama akan ikat rambut saya tinggi-tinggi waktu tu saya rasa saya la paling cute hehe...kalau saya jumpa encik husband time tu mesti saya jeling sambil kata “nak buah sukun 700 gram”(kira la ye) sebab encik husband pernah kata kalau dia jumpa saya time dia kecil (waktu kurus) dia memang nak jeling kat saya...sebenarnya cinta saya cinta sejati tak kira gemuk ke kurus ke kalau dah suka memang suka la...bila saya kata encik husband ialah kekasih awal dan akhir saya boleh pulak encik husband jawab “akhir je kot...awal orang lain rasanya awak kan ramai boyfriend...” saya jawab “ tu semua cinta monyet la...abang cinta pertama eyu” dan boleh pulak encik husband jawab “ eyu cinta pertama abang tapi abang bukan cinta pertama eyu sebab sebelum ni eyu pernah bercinta” buat pengetahuan encik husband orang yang saya kapel sebelum ni bukan orang yang saya cinta kadang-kadang kakak saya kenalkan dan kadang-kadang kawan saya kenalkan waktu tu saya tak tahu ape itu cinta tapi bila saya kenal encik husband dan berkawan dengannya baru saya tahu ape itu cinta sebab sebelum ni saya tak pernah rindu atau sayang seseorang seperti saya sayang dan rindu encik husband. Kalau nak tahu, bila encik husband pergi kerja saya dah mula rindu padahal baru seminit encik husband bertolak pergi...ok la setakat ini saja coretan saya kali ini dari nak cerita zaman kecil-kecil tercerita hal encik husband pulak...ok tata jumpa lagi...

Monday, June 3, 2013

Suatu Malam

Dalam saya menjalani hari-hari mendatang tanpa saya sedari sudah hampir setahun saya bergelar isteri kepada orang yang saya cintai...8hb June ni genap la setahun perkahwinan kami tetapi saya rasa seperti semalam baru kami bergelar suami isteri. Saya masih lagi seperti dulu seperti belum berkahwin. Saya bersyukur kepada Ilahi sebab bertemu jodoh dengan suami saya kerana beliau seorang yang penyayang tetapi tegas dalam membuat keputusan. Minggu lepas saya balik ke rumah ye seperti biasa hujung minggu saya akan pulang ke Kedah...wah bunyi Penang-Kedah macam jauh je kan actually, jarak Usm ke rumah mak mentua saya hanya 1 jam saja maknanya kalau balik pukul 2p.m. pukul 3 p.m. sampai tapi jangan balik lewat sangat sebab entah-entah 2jam baru sampai sebab jalan ‘jem’ especially atas jambatan. Saya masih ingat malam tu saya tak dapat tidur jadi saya pun bangun lebih kurang pukul 11.30 p.m. nak mandi sebab sejak mengandung ni saya memang kerap mandi kalau nak tidur mesti mandi dulu padahal baru je mandi tak tau la kenapa tabiat tu ada semasa mengandung ni...nak jadikan cerita tengah sabun tiba-tiba badan saya menggigil kesejukkan tetapi saya terus juga mandi sampai rasa nak kejang badan ni. Akibat tak tahan sejuk saya terus stop dan keluar dalam keadaan menggigil...rasa macam orang letak ais je kat badan ni. Masa saya masuk bilik, saya tengok suami saya sedang tidur lena saya menggigil makin teruk sampai nak jalan pun tak boleh...mungkin sebab saya menggigil ni kuat sehingga suami saya terjaga dari tidur. Suami saya terus tekan button stop kipas sebab suami saya perasan yang saya kesejukkan. Selepas siap pakai baju saya terus tutup lampu dan baring atas katil...sejuk saya masih tak hilang. Suami saya terus ambil kain selimut dan selimutkan saya serta peluk saya erat-erat. Akhirnya sejuk tu hilang dan saya tidur dengan lena sekali. Saya sangat terharu time suami saya selimutkan saya tapi saya juga ada keraguan adakah suami saya selimut saya atau dia sebenarnya nak selimut anak kami. Maklum la dia lebih sayang anak daripada saya :p Untuk encik suami terima kasih sebab sayang dan menjaga eyu selama ni. Terima kasih juga sebab tak pernah jemu bagi nasihat kepada eyu yang degil ni apa-apa pun eyu sayang abg...

Sunday, April 14, 2013

Bosan

Saya sudah bosan dengan orang yang suka berpolitik tapi idea kosong. Maksudnya suka share sesuatu tanpa bukti tengok orang share kita pun kalut nak share. Orang yang macam ni bagi saya minda dia kosong tak ada idea kalau rasa nak share sangat make sure ada bukti kukuh setakat copy and paste budak tadika pun boleh buat. Maaf jika ada orang terasa dengan coretan saya ni. Okey jumpa lagi....

Wednesday, April 10, 2013

POLITIK

Ini penulisan pertama saya mengenai politik. Sebenarnya saya tak suka hentam sesebuah parti melalui penulisan bagi saya berdepan baru bagus sebab banyak idea yang nak kita luah. Disini saya nak luahkan rasa terkilan mengenai kain rentang sebuah parti. Parti islam lak tu...malas nak cerita panjang bunyi dia macam ni "KALAU MEREKA MENENTUKAN BRIM KAMI YANG MENENTUKAN ANDA MASUK SYURGA UNDI .... ANDA MASUK SYURGA" ni bukan fitnah ye mmg saya tengok dengan mata saya sendiri tanpa segan silu puak-puak mereka siap share lagi dekat FB. Boleh saya tanya KAMI tu siapa???? tolong bagi komen kalau ada jawapan untuk saya....